Pemakaian Hadith- Hadith Dalam Kitab Al-Sirat Al-Mustaqim Karangan Shaykh Nur Al-Din Al-Raniri

Hashim, Jamalluddin (2011) Pemakaian Hadith- Hadith Dalam Kitab Al-Sirat Al-Mustaqim Karangan Shaykh Nur Al-Din Al-Raniri. In: Takhrij Hadith Di Nusantara. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Kuala Lumpur, pp. 279-298. ISBN 978-967-5534-09-6

[img] Text
hadith dalam sirat mustaqim.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (11Mb)

Abstract

Al-Sirat al-Mustaqim karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri merupakan kitab fiqh berbahasa Melayu yang pertama sekali dikarang di Nusantara. Walaupun kitab ini hanya membicarakan tentang fiqh ibadat sahaja, namun ia merupakan perintis kepada penulisan kitab-kitab fiqh berbahasa Melayu. Selepas daripada itu, muncul pelbagai karya fiqh yang dihasilkan oleh para ulama di Nusantara ini. Kemunculan al-Sirat al-Mustaqim suatu yang amat signifikan kepada ummah Melayu pada masa itu sebagai rujukan dan panduan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t. Sambutan yang diterima terhadap kitab ini amat hebat sekali sehinggakan ia dianggap kitab yang paling berpengaruh dan berautoriti serta diguna pakai dengan meluas reruramanya di Aceh sehingga abad ke-19. Bukan sahaja di Aceh, bahkan kitab ini juga diguna pakai secara meluas di seluruh Alam Melayu. Penulisan kitab ini yang hanya menumpukan bahagian fiqh ibadat sahaja telah diikuti oleh beberapa buah karangan yang lain pula seperti Sabil al-Muhtadin karya agung Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari, Bughyah al-Tullab oleh Shaykh Dawud b. Abd Allah al-Fatani, Fath al- Mubin karya Shaykh Muhammad Salih b. Murid al-Rawi dan al-Bahr al-Wafi Wa al-Nahr al-Safi karya Shaykh Muhammad b. Isma'il Dawud al-Fatani. Karangan-karangan tersebut merupakan kesinambungan daripada karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri ini. Ia diolah dalam bentuk huraian yang lebih luas dan mendalam daripada apa yang dilakukan oleh Shaykh Nur al-Din al-Raniri dalam kitabnya itu. Maka jelas di sini, bahawa al-Sirat al-Mustaqim sangat besar sekali sumbangannya dalam penulisan ilmu fiqh kerana ia selalu dijadikan pedoman oleh ulama-ulama Mazhab Shafi'i di Nusantara dalam usaha penulisan fiqh berbahasa Melayu dengan lebih lanjut lagi.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Jamalluddin Hashim
Date Deposited: 21 May 2014 08:12
Last Modified: 21 May 2014 08:12
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/862

Actions (login required)

View Item View Item