Isu-isu Fiqh yang Tidak Muktamad Menurut Mazhab Shafi’i dalam Kitab al-Sirat al-Mustaqim Karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri

Hashim, Jamalluddin (2011) Isu-isu Fiqh yang Tidak Muktamad Menurut Mazhab Shafi’i dalam Kitab al-Sirat al-Mustaqim Karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Khas. pp. 93-102. ISSN 1985-7667

[img] Text
isu x muktamad dalam sirat mustaqim ori.pdf
Restricted to Registered users only

Download (197Kb)
Official URL: http://www.aplikasi.unisza.edu.my/jimk/index.php/j...

Abstract

Artikel ini merupakan analisis terhadap isu-isu fiqh yang tidak muktamad menurut Mazhab Shafi’i dalam penulisan kitab al-Sirat al-Mustaqim karya Shaykh Nur al- Din al-Raniri. Kitab al-Sirat al-Mustaqim merupakan kitab fiqh berbahasa Melayu yang pertama dikarang di Nusantara. Ia ditulis berdasarkan rujukan-rujukan fiqh Mazhab Shafi’i berbahasa Arab yang berautoriti. Isi kandungannya sewajarnya selari dengan fakta-fakta fiqh yang muktamad dalam Mazhab Shafi’i. Namun begitu, kajian ini mendapati bahawa teks al-Sirat al-Mustaqim mengandungi beberapa pandangan fiqh yang bercanggah dengan pendapat yang muktamad dalam Mazhab Shafi‘i. Pendapat-pendapat fiqh ini bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh ulama-ulama peneliti (muhaqqiq) dalam Mazhab Shafi‘i yang muta’akhkhirin terutamanya Ibn Hajar al-Haytami dan Shams al-Din al-Ramli. Walau bagaimanapun, ini tidak menggambarkan satu kelemahan penulisan kitab tersebut. Pandangan-pandangan fiqh ini merupakan pandangan fiqh pilihan peribadi pengarang untuk dinyatakan dalam kitab ini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual, berdasarkan kepada data-data berbentuk kualitatif yang dikumpulkan berasaskan kepada kaedah kajian dokumentasi.

Item Type: Article
Keywords: al-Sirat al-Mustaqim; pendapat muktamad; Mazhab Shafi’i
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Jamalluddin Hashim
Date Deposited: 21 May 2014 08:07
Last Modified: 21 May 2014 08:07
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/859

Actions (login required)

View Item View Item