Saham Wakaf Selangor: Hala Tuju Dan Potensi Dalam Pembangunan Masyarakat

Md Yusof, Naziree (2010) Saham Wakaf Selangor: Hala Tuju Dan Potensi Dalam Pembangunan Masyarakat. Kanun, 22 (4). pp. 29-46. ISSN 0128-2670

[img] Text
Kanun Saham Wakaf Selangor 2010.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1790Kb) | Request a copy

Abstract

Saham Wakaf Selangor (SWS) ialah salah satu cara berwakaf melalui wang tunai iaitu dengan cara membeli unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Pemegang Amanah dan mewakafkan unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah SWT dengan tujuan demi kepentingan, kemaslahatan dan kebajikan ummah. Antara objektif SWS adalah untuk menghidup suburkan amalan wakaf dalam kalangan anggota masyarakat, menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat Islam untuk menyertai ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan harta wakaf yang berbentuk aset kekal. Malangnya terdapat beberapa halangan yang agak merencatkan perkembangan pengurusan SWS. Antara permasalahan yang dikenal pasti ialah tiada mekanisme pungutan sewa secara sistematik (di samping perlu ditetapkan kadar sewa yang lebih berpatutan), tiada rekod pengemaskinian data atau maklumat hartanah wakaf dan kurang pemantauan perlu dirangka dengan bantuan badan profesional. Justeru, makalah ini membahaskan beberapa mekanisme yang relevan dalam memantapkan pengurusan SWS dan fokus kepada keuntungan material turut diberi penekanan dalam menarik minat golongan korporat untuk menyertai SWS.

Item Type: Article
Keywords: Saham Wakaf Selangor, pengemaskinian data, wakaf korporat
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: Mr Naziree Md Yusof
Date Deposited: 26 May 2014 02:52
Last Modified: 26 May 2014 02:52
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/696

Actions (login required)

View Item View Item