PEGUAM SYARII BUKAN ISLAM: ANTARA PRO DENGAN KONTRA

Md Yusof, Naziree and Mustaffa, Aminuddin (2011) PEGUAM SYARII BUKAN ISLAM: ANTARA PRO DENGAN KONTRA. KANUN, 23 (1). pp. 84-106. ISSN 0128-2670

[img] Text
Peguam Syarie Bukan Islam - Jun 2011.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2153Kb) | Request a copy

Abstract

Secara amnya, tiada nas atau dalil yang khusus melarang orang bukan Islam beramal sebagai peguam syarii. Matlamat perbicaraan ialah meletakkan sesuatu pada yang berhak, membela yang dizalimi, menghukum pesalah dengan tujuan mendidik (insaf dan taubat), menggalakkan proses perdamaian berbanding litigasi di samping mengamalkan ketelusan dan kesaksamaan. Hal ini demikian kerana natijahnya tidak sekadar dipertanggungjawabkan di dunia, bahkan mungkin masih diadili pada hari kiamat kelak. Konsep ini perlu difahami dan diterima oleh masyarakat Islam dengan fikiran terbuka dan berlapang dada. Tindakan memfailkan petisyen oleh seorang wanita bukan Islam untuk beramal sebagai peguam syarii, telah melahirkan kebimbangan pelbagai pihak mengenai kebarangkalian bahawa seseorang bukan Islam itu mungkin, sama ada secara sengaja atau tidak, akan melakukan sesuatu perkara yang bersalahan dengan etika dan prinsip, sama ada penghayatan, adab dan sensitiviti dalam mengendalikan kes di Mahkamah Syariah. Perkara ini boleh terjadi semasa memberi khidmat nasihat kepada anak guam, penyalahtafsiran nas sebagai justifikasi perundangan, sikap dan sentimen yang mungkin memprejudiskan gaya pentadbiran Mahkamah Syariah serta implikasi negatif lain yang perlu dielakkan. Oleh itu, menghalang orang bukan Islam beramal sebagai peguam syarii bukanlah satu-satunya pilihan muktamad yang ada. Sebenarnya masih terdapat beberapa pilihan lain yang boleh dikaji dan dipertimbangkan agar satu keputusan yang lebih rasional dapat dipraktikkan demi masa depan agama Islam dan kemaslahatan masyarakat Malaysia. Oleh hal yang demikian, makalah ini membahaskan beberapa garis panduan dan alternatif yang bersesuaian dengan skop dan batasan peruntukan undang-undang di negara kita. Selain itu, langkah pencegahan akan turut dikupas agar kesucian etika kepeguaman dan kehakiman Islam terpelihara, bahkan mampu mengubah fenomena pentadbiran global supaya menepati kehendak syarak.

Item Type: Article
Keywords: Kepeguaman, kehakiman Islam, kelayakan, kriteria, hakim syarii,etika, peguam syarii.
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: Mr Naziree Md Yusof
Date Deposited: 21 Jan 2015 07:23
Last Modified: 21 Jan 2015 07:23
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/694

Actions (login required)

View Item View Item