Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan: Masalah Dan Persoalan

Md Yusof, Naziree (2011) Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan: Masalah Dan Persoalan. Kanun, 23 (1). pp. 21-39. ISSN 0128-2670

[img] Text
Kanun MRTT Jun 2011.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1695Kb) | Request a copy

Abstract

Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (Mortgage Reducing Term Takaful – MRTT) adalah polisi takaful daripada produk pembiayaan perumahan bagi memastikan kesinambungan pembayaran rumah apabila pelanggan mengalami penyakit kritikal, hilang upaya kekal (biasanya lumpuh) atau meninggal dunia sebelum tamat tempoh pembiayaan. Polisi bertujuan untuk memastikan ahli keluarga yang ditinggalkan tidak dibebani pembiayaan yang belum selesai. Namun, bagi kes pelanggan yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecacatan kekal (misalnya kudung mana-mana anggota badan) adalah dianggap masih boleh bekerja dan berupaya meneruskan pembayaran ansuran bulanan seperti biasa. Sehubungan itu, polisi MRTT bagaikan sudah tidak relevan apabila tiada perlindungan bagi kes sedemikian dan kelihatan tidak efektif kerana tidak mempunyai kebolehpindahan, sedangkan terdapat sesetengah pelanggan yang ingin melakukan pembiayaan semula terhadap rumah tersebut. Makalah ini membahaskan beberapa kelemahan polisi MRTT,perbandingan dengan polisi Insurans Bertempoh Gadai Janji Berperingkat (Mortgage Level Term Assurance - MLTA) dan alternatif penyelesaian bagi mengatasi permasalahan di atas.

Item Type: Article
Keywords: MRTT, MRTA, MLTA, polisi takaful hayat, pelanggan, ejen takaful.
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: Mr Naziree Md Yusof
Date Deposited: 20 May 2014 08:11
Last Modified: 20 May 2014 08:11
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/691

Actions (login required)

View Item View Item