Kesalahan Khalwat Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia: Kajian Perbandingan Dengan Acheh, Indonesia

Hamid, Noor 'Ashikin and Jamaris, Fachri Bey and Syed Nong, Shariffah Nuridah Aishah (2013) Kesalahan Khalwat Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia: Kajian Perbandingan Dengan Acheh, Indonesia. In: INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAMIC JURISPRUDENCE IN CONTEMPORARY SOCIETY, 30 N0V - 1 DIS 2013, KUALA TERENGGANU. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesalahan Khalwat.pdf - Published Version

Download (695Kb) | Preview

Abstract

Khalwat dalam kalangan remaja merupakan kesalahan syariah yang kini semakin membimbangkan bukan sahaja di Malaysia bahkan di Indonesia. Berita dan laporan mengenai tangkapan remaja berkhalwat sering dipaparkan menerusi media cetak dan elektronik. Sekiranya perilaku ini tidak dibendung dan ditangani segera, ia akan mengakibatkan keruntuhan akhlak yang teruk kepada generasi akan datang yang boleh membawa kepada perbuatan zina dan seterusnya pembuangan bayi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisa kesalahan khalwat dalam kalangan remaja di Malaysia dan Indonesia, meliputi konsep remaja dan kesalahan khalwat di bawah syariah dan peruntukan perundangan di kedua-dua buah negara. Kajian ini melibatkan perbandingan undang-undang syariah di Malaysia dengan undang-undang Islam di Acheh memandangkan ia merupakan salah satu wilayah terbesar di Indonesia yang melaksanakan syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan (normatif) dan kajian tinjauan (empirikal) berbentuk temubual. Data didapati menerusi penelitian terhadap enakmen kesalahan jenayah syariah Malaysia dan qanun syariah Acheh, rujukan terhadap al-Quran, al-Hadith, buku-buku dan, media cetak dan elektronik. Temubual dibuat dengan pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam dan mahkamah syariah di Malaysia di samping institusi Pengadilan Agama Acheh bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kes khalwat yang dikendalikan serta cadangan penambahbaikan. Kajian ini penting kerana ia mampu menjadi rujukan selain membantu pihak-pihak yang terlibat termasuk penggubal, penguatkuasa dan kehakiman syariah dalam penambahbaikan pengurusan pesalah kesalahan syariah oleh remaja di samping memperbaiki kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada. Kata kunci: khalwat, kesalahan syariah, remaja, Malaysia, Acheh

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: khalwat, kesalahan syariah, remaja, Malaysia, Acheh
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: NOOR 'ASHIKIN HAMID
Date Deposited: 19 May 2014 00:36
Last Modified: 30 Apr 2015 12:32
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/635

Actions (login required)

View Item View Item