Isu-Isu Perundangan Tanah: Adakah Hakmilik Rakyat Terpelihara?

Hamid, Noor 'Ashikin and Harun, Noraida (2010) Isu-Isu Perundangan Tanah: Adakah Hakmilik Rakyat Terpelihara? Kanun, 22 (2). pp. 14-40. ISSN 0128-2670

[img] Text
ISU HAKMILIK TANAH -KANUN2010.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (534Kb)

Abstract

Undang-undang meletakkan hartanah sebagai salah satu keperluan asasi di dalam kehidupan manusia. Bagi memenuhi keperluan tersebut, undang-undang telah mengariskan beberapa panduan tentang bagaimana hartanah itu boleh dimiliki oleh rakyat di sesebuah negara. Tujuannya ialah untuk mempastikan bahawa sumber asli termasuk hartanah negara dapat dikongsi samarata di antara rakyat. Artikel ini dibuat untuk menilai sejauhmana undang-undang yang terdapat di Malaysia dapat menjamin hak asasi terhadap pemilikan hartanah dan sejauhmana sistem Torrens yang berasaskan kepada prinsip ketidaksangkalan hakmilik menjamin keadilan dan kesamarataan di dalam pemilikan hartanah. Artikel ini mengupas tentang kelemahan-kelemahab yang terkandung dalam undang-undang tanah di Malaysia yang kesannya antara lain membawa kepada ketidakadilan dan ketidak samarataan dalam pemilikan hartanah. Kajian dibuat secara kualitatif berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang terdapat di Malaysia seperti Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan lain-lain. Beberapa cadangan dalam memantapkan lagi undang-undang tanah serta memelihara kepentingan rakyat dalam pemilikan hartanah juga dibincangkan.

Item Type: Article
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: NOOR 'ASHIKIN HAMID
Date Deposited: 26 May 2014 02:35
Last Modified: 26 May 2014 02:35
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/634

Actions (login required)

View Item View Item