Terjemahan Huruf Jar Min dalam al-Quran al-Karim Mushaf Tajwid: Analisis Terhadap Surah al-Baqarah

Nasir, Mohd Shahrizal and Mat Teh, Kamarul Shukri (2012) Terjemahan Huruf Jar Min dalam al-Quran al-Karim Mushaf Tajwid: Analisis Terhadap Surah al-Baqarah. In: Nadwah Serantau Bahasa dan Kesusasteraan Arab Ke-3, 3-4 Oktober 2012, Universiti Putra Malaysia.

[img] Text
Terjemahan Huruf Jar “Min” Dalam “Al-Qur’an Al-Karim Mushaf Tajwid” Analisis Terhadap Surah Al-Baqarah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (463Kb) | Request a copy

Abstract

Dalam bahasa Arab, “huruf” merupakan salah satu daripada komponen kalimah atau perkataan. Huruf jar pula merupakan satu kelompok huruf atau partikel yang membawa konotasi makna yang tersendiri apabila ia berada dalam satu ayat yang lengkap. Pada asasnya huruf jar hanya akan digandingkan dengan kata nama dalam sesuatu ayat. Bagi setiap huruf jar pula, ia membawa konotasi makna yang pelbagai, bergantung kepada fungsi maknanya dalam ayat. Antara huruf jar yang banyak digunakan dalam ayat ialah huruf jar “min” [من ]. Jika diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa Melayu, secara lazimnya, ia membawa pengertian kata sendi nama “dari” atau “daripada”. Berdasarkan fungsi huruf jar ini yang membawa beberapa konotasi makna apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, makalah ini menganalisis terjemahan huruf jar “min” dalam terjemahan “Al-Qur‟an al-Karim Mushaf Tajwid” oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Selain daripada mengenal pasti makna huruf jar “min” dalam ayat al-Qur‟an, analisis turut menumpukan aspek ketepatan penggunaan terjemahan kata sendi nama mengikut hukum tatabahasa Melayu. Analisis tertumpu kepada terjemahan huruf jar “min” yang terdapat dalam surah al-Baqarah, dengan penggunaannya didapati pada 259 tempat. Makanan ini menemui beberapa kesalahan penterjemahan huruf jar “min” yang bertentangan dengan hukum penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” pada surah al-Baqarah dalam naskhah terjemahan “Al-Qur‟an al-Karim Mushaf Tajwid” tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: huruf jar, kata sendi nama, partikel, terjemahan, Mushaf Tajwid
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 14 Sep 2016 05:03
Last Modified: 14 Sep 2016 05:03
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5139

Actions (login required)

View Item View Item