Bahasa Al-Quran Yang Tersurat Dan Tersirat

Ab. Halim, Zulazhan and Alias, Mohd Hazli and Nasir, Mohd Shahrizal and Abdul Hamid, Mohd Fauzi (2014) Bahasa Al-Quran Yang Tersurat Dan Tersirat. Penerbit UniSZA. ISBN 978-983-9842-85-2

[img] Image
Bahasa Al-Quran Yang Tersurat Dan Tersirat.jpg
Restricted to Registered users only

Download (143Kb) | Request a copy

Abstract

Perbincangan mengenai kandungan al-Quran menerusi pelbagai aspek tidak pernah terhenti sejak berzaman. Situasi ini menyerlahkan kehebatan al-Quran yang terus relevan sejak ia diturunkan sehingga penghujung hayat dunia ini. Usaha menggali dan mengkaji khazanah mutiara al-Quran perlu diteruskan agar faedahnya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Buku ini mengandungi lapan bab yang menghuraikan topik berkaitan linguistik dan balaghah al-Quran. Perbincangan merangkumi aspek berkenaan perkataan dan juga ayat al-Quran. Hal ini menunjukkan kandungan al-Quran saling lengkap melengkapi dalam menyerlahkan makna yang ditentukan oleh Allah s.w.t.. Setiap perbincangan memfokus kepada bidang bahasa, selain ia semestinya disandarkan kepada kitab-kitab tafsir muktabar dan pandangan ulama bidang tafsir. Hal ini penting untuk dinyatakan agar fokus utama buku ini dapat dilihat secara jelas iaitu sebagai sebuah bahan bacaan ilmiah yang membincangkan perihal al-I’jaz al-Lughawi wa al-Bayani dalam al-Quran. Penyusunan bab-bab dalam buku ini dibuat secara sistematik iaitu dimulai dengan perbincangan mengenai perkataan, ayat, laras bahasa dalam al-Quran dan diakhiri dengan tajuk balaghah al-Quran. Kesemua tajuk yang terkandung dalam buku ini sesuai untuk dijadikan salah satu rujukan ilmiah sama ada bagi mereka yang berada dalam bidang pengajian bahasa Arab mahupun bidang pengajian Islam. Justeru, diharapkan buku ini dapat membantu para pembacanya dalam memahami tajuk-tajuk yang dibincangkan, selain dapat membuka ruang penerokaan baru bagi tajuk-tajuk lain dalam bidang linguistik dan balaghah al-Quran.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PJ Semitic
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 14 Sep 2016 07:26
Last Modified: 14 Sep 2016 07:26
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5136

Actions (login required)

View Item View Item