Tuhan Rahmat-Mu Kuharapkan

Nasir, Mohd Shahrizal (2015) Tuhan Rahmat-Mu Kuharapkan. Karya Bestari Sdn. Bhd.. ISBN 978-967-86-0537-3

[img] Image
Tuhan RahmatMu Kuharapkan.jpg
Restricted to Registered users only

Download (105Kb) | Request a copy

Abstract

Sesungguhnya kehidupan kita di dunia hanya sementara dan sekejap sahaja. Dunia ibarat tempat persinggahan. Laksana kapal yang singgah sementara di pelabuhan buat mencari bekal menuju ke negeri abadi. Justeru, peluang yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk hidup di dunia perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan melakukan kebaikan selari dengan perintah-Nya. Kita ada misi yang perlu diselesaikan sebelum tiba saat kita dijemput kembali kepada-Nya. Sebanyak mana pun amalan yang kita lakukan, hakikatnya hanya dengan rahmat Allah SWT sahaja yang dapat melayakkan kita menikmati kehidupan yang abadi di sana. Buku ini menghimpunkan lima puluh artikel yang meliputi tajuk berkenaan hubungan kita dengan Allah SWT, hubungan kita dengan Rasulullah SAW, dan hubungan kita dengan sesama manusia. Kesemua artikel ini mengupas tajuk-tajuk yang dekat dengan kehidupan seharian kita. Setiap perkongsian dibincangkan secara santai namun memerlukan perhatian yang serius agar ia dapat mengingatkan diri betapa perlunya menjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, kita amat mengharapkan rahmat daripada Allah SWT. Mudah-mudahan setiap amal kebaikan yang kita lakukan dengan mengambil kira hubungan kita dengan Allah SWT, Rasul-Nya dan sesama manusia, kesemuanya bakal membuka pintu rahmat Tuhan yang seluas-luasnya buat kita semua.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 14 Sep 2016 07:25
Last Modified: 14 Sep 2016 07:25
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5132

Actions (login required)

View Item View Item