Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

Arifin, Zamri and Mustapa @ Ab. Rahim, Al Muslim and Ab. Halim, Zulazhan and Nasir, Mohd Shahrizal (2016) Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Penerbit UniSZA. ISBN 978-967-0899-38-1

[img] Image
Kualaiti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab.jpg
Restricted to Registered users only

Download (104Kb) | Request a copy

Abstract

Pendidikan Bahasa Arab merupakan salah satu bidang yang mendapat tempat dalam sistem pendidikan, khususnya di Malaysia. Para pelajar dari segenap peringkat bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi mempunyai peluang untuk mempelajari dan mendalami bahasa Arab. Justeru, pemerkasaan bidang bahasa perlu dilakukan secara komprehensif agar bahasa ini terus mendapat tempat dalam kalangan penuntut ilmu. Dalam usaha dalam usaha memperkasakan pendidikan bahasa arab, semua pihak termasuk kementerian, universiti, sekolah, pensyarah, penyelidik, guru, pelajar dan masyarakat awam perlu berganding bahu bagi memastikan hasrat murni ini dapat dicapai. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sentiasa dalam keadaan baik dan mantap. Buku kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini memperincikan beberapa perkara penting mengenai kualiti guru, pensyarah atau tenaga pengajar bahasa Arab menerusi pelbagai dimensi. Buku yang mengandungi dua belas bab ini membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan bahasa Arab merentasi pelbagai peringkat sama ada sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Semua saranan yang dikemukakan dalam buku ini wajar diambil perhatian yang serius oleh para pendidik bahasa Arab agar hasrat untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dapat direalisasikan, selaras dengan tuntutan Islam yang amat mementingkan aspek kualiti terbaik dalam setiap amalan.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 14 Sep 2016 07:23
Last Modified: 14 Sep 2016 07:23
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5129

Actions (login required)

View Item View Item