PROGRAM PEMANTAPAN KEROHANIAN KELUARGA MISKIN DAN MISKIN TEGAR TELUK KETAPANG, KUALA TERENGGANU

Yaakob, Razi and Aziz, Hamdan and Ismail, Daud and Thoarlim, Abdulsoma and Sa'at, Nor Hayati and Mamat, Ibrahim and Wan Abdullah, Wan Ismail (2016) PROGRAM PEMANTAPAN KEROHANIAN KELUARGA MISKIN DAN MISKIN TEGAR TELUK KETAPANG, KUALA TERENGGANU. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 2 (2). pp. 183-195. ISSN 2462-1714

[img] Text
GBSE 2 ustaz razi (June 2016).pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (182Kb) | Request a copy
Official URL: http://gbse.com.my/

Abstract

ABSTRAK Perubahan sosiobudaya, sikap dan perlakuan masyarakat pesisiran pantai merupakan salah satu aspek terpenting dalam usaha membangunkan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di perkampungan nelayan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Kampung ini telah dibuka oleh orang Bugis dari Kepulauan Riau yang singgah untuk berlindung buat sementara waktu pada musim tengkujuh sebelum meneruskan pelayaran ke Kamboja bertujuan berdagang dan belajar. Nama kampung ini diambil daripada nama asal kampung nelayan Bugis di Riau. Ia berada kir-kira 10 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kamupung ini dikelilingi oleh Kampung Telaga Daing, Kampung Duyong, Kampung Bukit Tok Beng dan Kampung Telada Batin. Bilangan penduduk kampung seramai 3452 orang yang terdiri daripada tujuh kategori pekerjaan iaitu hasil selidikan pada tahun 2010. Rumusan data kajian menunjukan berlaku tidakseimbangan pendapatan isi rumah mengikut jenis pekerjaan. Komuniti persisir barada pada kedudukan istimewa dalam sejarah yang tinggal di pantai timur, mereka pernah mejadi pedagang dan pelaut, di samping melibatkan diri sebagai nelayan, petani serta pertukangan kraftangan. Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, proses modenisasi yang pesat telah memberi kesan mendalam ke atas masyarakat ini. Walaupun banyak program telah di laksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta, tetapi terdapat juga kumpulan yang terus tercicir dari arus pembangunan. Antara faktor utama projek yang telah dijalankan tidak mencapai objektif adalah kerana ia tidak menepati keperluan kumpulan sasar dan kurang peka terhadap ajaran agama Islam. Oleh itu, Malalui kajian yang telah dibuat dengan kerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam, Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Perikanan Negeri Terenganu bergabung untuk melihat suatu perubahan yang akan melonjak kesedaran masyarakat kearah positif. Kajian ini menggunakan metodologi analisis persampelan, instrument kajian, Pengumpulan data analisis data yang telah dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu analisi situasi dan keperluan komuniti, merancang projek pembangunan berdasarkan keperluan, pelaksanaan projek pembangunan dan penilian kesan projek keatas kumpulan sasar. Harapan semoga kajian ini boleh mengubah sosioekonomi melalui kesedaran agama yang mendalam sebagai asas untuk pembangunan sosioekonomi. KATAKUNCI: Miskin Tegar, agama, Perubahan sosiobudaya

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Abdulsoma Thoarlim
Date Deposited: 03 Oct 2016 00:50
Last Modified: 03 Oct 2016 00:50
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5127

Actions (login required)

View Item View Item