Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Pelancongan: Satu Tinjauan Terhadap Prospek Di Malaysia

Nasir, Mohd Shahrizal and Zainuddin, Nurkhamimi and Sahrir, Muhammad Sabri (2016) Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Pelancongan: Satu Tinjauan Terhadap Prospek Di Malaysia. In: International Social Sciences and Tourism Research 2016 (ILTC 2016), 20-22 April 2016, Universiti Sultan Zainal Abidin. (Unpublished)

[img] Text
The International Social Science and Tourism Research Conference.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1588Kb) | Request a copy

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang menerima kehadiran ramai pelancong Islam setiap tahun dari seluruh dunia terutama dari Timur Tengah. Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh CrescentRating, iaitu sebuah badan yang pakar dalam pelancongan Islam yang berpangkalan di Singapura, Malaysia mendahului negara-negara Islam utama di dunia termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Turki, Indonesia dan Arab Saudi dalam “Halal Friendly Holiday”. Menyedari hakikat ini, pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan pelancongan dilihat amat signifikan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan pelancongan di Malaysia. Hal ini turut membuka ruang yang luas kepada para penuntut bidang Bahasa Arab untuk terlibat secara aktif dalam sektor pelancongan negara. Makalah ini membincangkan beberapa prospek pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan pelancongan di Malaysia yang telah wujud serta beberapa cadangan penambahbaikan. Perbincangan melibatkan beberapa bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab seperti modul pembelajaran, akhbar elektronik, bahan promosi dan beberapa kemudahan pelancongan di Malaysia. Hasil perbincangan dalam makalah ini dapat memberi input yang berguna dalam usaha meningkatkan peluang pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan pelancongan. Hal ini bukan sahaja perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan atau agensi pelancongan, malah ia turut melibatkan setiap warganegara Malaysia sebagai satu usaha bersama untuk meningkatkan mutu industri pelancongan negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: bahasa Arab, pembelajaran bahasa Arab, pembelajaran bahasa untuk tujuan khusus, sektor pelancongan, pelancongan Islam
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 14 Sep 2016 04:37
Last Modified: 14 Sep 2016 04:37
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5122

Actions (login required)

View Item View Item