Pembelajaran Bahasa Arab Menerusi Rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio: Satu Tinjauan

Nasir, Mohd Shahrizal and Sahrir, Muhammad Sabri and Yahaya, Mohd Firdaus (2014) Pembelajaran Bahasa Arab Menerusi Rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio: Satu Tinjauan. In: Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 14 September 2014, Universiti Sultan Zainal Abidin.

[img] Text
Pembelajaran Bahasa Arab Menerusi Rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio-Satu Tinjauan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (574Kb) | Request a copy

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan positif. Bermula daripada sesi pembelajaran secara tidak formal di madrasah dan sekolah pondok, ia menjadi antara mata pelajaran utama bagi pelajar peringkat sekolah rendah dengan pengenalan modul j-QAF. Di beberapa buah institusi pengajian tinggi pula, program pengajian bahasa Arab diperkenalkan bukan sahaja pada peringkat ijazah pertama, namun ia turut melibatkan peringkat pengajian tertinggi iaitu ijazah Doktor Falsafah atau Ph.D. Selain itu, suasana semasa di Malaysia turut membuka ruang kepada masyarakat awam daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pendidikan untuk mempelajari bahasa Arab. Hal ini disokong dengan kepesatan teknologi terkini melibatkan media massa seperti televisyen, radio dan internet. Kajian ini bertujuan untuk meninjau respons masyarakat awam khususnya yang menjadi pendengar rancangan belajar bahasa Arab menerusi siaran Radio Malaysia Terengganu FM iaitu Al-Arabiyyah Fi Al-Radio. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melakukan penambahbaikan terhadap rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio berdasarkan saranan dan cadangan daripada pihak pendengar sendiri. Kajian dijalankan melalui soal selidik yang dimuat naik dalam laman sosial facebook® rancangan Al-Arabiyyah fi Al-Radio dan facebook Terengganu FM. Hasil kajian menunjukkan majoriti pendengar rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio mendapat input berguna dalam usaha mempelajari dan menguasai bahasa Arab. Beberapa cadangan turut dikemukakan oleh responden kajian bagi meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Arab menerusi rancangan ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: bahasa Arab, pembelajaran bahasa Arab, pembelajaran menerusi radio, Al-Arabiyyah Fi Al-Radio, kemahiran mendengar
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 14 Sep 2016 04:17
Last Modified: 14 Sep 2016 04:17
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5117

Actions (login required)

View Item View Item