Keindahan Seni Puisi Al-Amin: Satu Tinjauan dari Aspek Tatabahasa Melayu dan Balaghah Arab

Yaacob, Adli and Nasir, Mohd Shahrizal (2010) Keindahan Seni Puisi Al-Amin: Satu Tinjauan dari Aspek Tatabahasa Melayu dan Balaghah Arab. Islamiyyat: The International Journal of Islamic Studies, 32 (1). pp. 89-113. ISSN 0126-5636

[img] Text
Keindahan Seni Puisi Al-Amin Dari Aspek Tatabahasa Melayu & Balaghah Arab.pdf
Restricted to Registered users only

Download (228Kb) | Request a copy

Abstract

Karya sastera Islam adalah antara jenis karya seni yang banyak diperkatakan dewasa ini. Karya yang berkaitan dengan Islam dan tasawurnya ini seharusnya terus dikaji agar faedahnya dapat dikongsi bersama dengan semua lapisan masyarakat. “Al-Amin” merupakan sebuah karya puisi Melayu terpanjang buat masa ini, adalah hasil karya Sasterawan Negara Malaysia, A. Samad Said. Penghasilannya yang mengambil masa yang panjang, haruslah dihargai bukan sahaja dengan membacanya malah perlu dikaji secara ilmiah dan dihuraikan faedahnya untuk manfaat para pembaca. “Al-Amin” yang menceritakan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. ini memiliki nilai keindahan seni yang tersendiri, bukan sahaja dapat dilihat menerusi sudut tatabahasa bahasa Melayu, malah ia juga dapat dilihat dari kaca mata balāghah Arab. Jika dirujuk kepada perbincangan sastera Arab, “Al-Amin” boleh dikategorikan sebagai karya jenis puisi Pujian Nabi (shicr al-MadīÍ al-Nabawī) atau puisi Riwayat Hidup Nabi (shicr al-Sīrah al-Nabawīyah). Makalah ini cuba memperkenalkan puisi “Al-Amin” pada khalayak dan menyenaraikan beberapa bentuk keindahan seni di dalamnya, yang seterusnya dapat mencerminkan nilai tersendiri karya “Al-Amin” ini, berbanding dengan karya seni puisi lain yang berlegar tentang Nabi Muhammad s.a.w. Penyerlahan beberapa contoh keindahan seni daripada dua sudut iaitu tatabahasa Melayu dan balāghah Arab, dilihat dapat menyerlahkan isi kandungan puisi yang sarat dengan informasi berkaitan riwayat hidup Rasulullah s.a.w., meskipun masih ada beberapa kelompangan yang perlu diambil perhatian bagi penambahbaikan karya ini.

Item Type: Article
Keywords: sastera Islam, keindahan seni, tatabahasa Melayu, balaghah Arab, puisi Pujian Nabi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 26 Sep 2016 02:20
Last Modified: 26 Sep 2016 02:20
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5085

Actions (login required)

View Item View Item