Penyelewengan Sastera Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Terhadap Novel Na’ib Izra’il Oleh Yusuf Al-Siba’i

Nasir, Mohd Shahrizal (2012) Penyelewengan Sastera Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Terhadap Novel Na’ib Izra’il Oleh Yusuf Al-Siba’i. Jurnal Teknologi, 58 (1). pp. 37-44. ISSN 2180–3722

[img] Text
Penyelewengan Sastera Menurut Perspektif Islam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (181Kb) | Request a copy

Abstract

Dalam konteks Islam, salah satu rukun imannya ialah percaya kepada malaikat. Sehubungan itu, Islam menjelaskan bahawa malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang sentiasa patuh dan tunduk kepada segala perintah Allah SWT. Para malaikat ini termasuk dalam kelompok perkara-perkara ghaib (al-ghaybiyyat), yang menjadi rahsia mutlak Allah SWT. Seterusnya, sebagai kelompok al-ghaybiyyat, malaikat tidak boleh sama sekali dipersendakan, hatta dalam karya kreatif sekali pun. Menurut Islam, mempersenda malaikat boleh menyebabkan akidah seseorang Muslim terjejas, dan seperti yang diketahui, akidah merupakan perkara pokok atau asas utama dalam Islam. Bertolak daripada keyakinan tersebut, makalah ini merungkai novel Na’ib Izra’il (Timbalan Izra’il) (1947), karya seorang karyawan Muslim terkenal Mesir iaitu Yusuf al-Siba’i, yang memperagakan watak malaikat Izra’il yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk mengambil nyawa manusia, serta bagaimana Izra’il menjalankan tanggungjawabnya itu. Dengan bersandarkan kepada beberapa nas al-Qur’an dan hadis sebagai sumber rujukan, makalah ini mengenal pasti dan seterusnya menyanggah maklumat tentang malaikat Izra’il dalam novel yang dilihat sebagai penyelewengan atau pemalsuan daripada sumber rujukan tersebut. Makalah ini beranggapan bahawa Na’ib Izra’il merupakan satu persendaan yang disengajakan oleh novelisnya untuk mencemar kesucian Islam.

Item Type: Article
Keywords: Islam; novelis Muslim; sastera Islam; penyelewengan sastera; al-ghaybiyyat (perkara ghaib)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PN Literature (General)
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 26 Sep 2016 02:18
Last Modified: 26 Sep 2016 02:18
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5083

Actions (login required)

View Item View Item