Sastera Islam: Satu Perbandingan antara Pandangan Mohd. Affandi dengan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi

Ahmad Osman, Rahmah and Nasir, Mohd Shahrizal (2011) Sastera Islam: Satu Perbandingan antara Pandangan Mohd. Affandi dengan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. e-Utama Journal, 3 (1). pp. 55-81. ISSN 2010-0124

[img] Text
Sastera Islam Satu Perbandingan antara Mohd. Affandi dengan al-Nadwi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (538Kb) | Request a copy
Official URL: http://mlc.alc.nie.edu.sg/english_eutama.html

Abstract

Makalah ini membincangkan takrifan dan pandangan tentang ”Sastera Islam” oleh dua orang tokoh iaitu Mohd. Affandi Hassan dengan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Kedua-dua orang tokoh ini yang mewakili dunia kesusasteraan Melayu dan Arab, telah berusaha menjelaskan pengertian sastera Islam menurut pandangan masing-masing. Walaupun keduanya hidup dalam suasana yang berbeza, namun keduanya diikat oleh ikatan akidah Islamiah yang ditunjangi oleh wahyu Ilahi, sepertimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Sunnah. Selain itu, faktor pendesak atau push factor kepada tercetusnya usaha mereka untuk memperjelaskan pengertian sastera Islam adalah berbeza. Justeru, adalah wajar untuk membandingkan kedua-dua tokoh ini bagi melihat di manakah titik pertembungan idea mereka tentang sastera Islam. Analisis mendapati bahawa terdapat tiga persamaan yang ketara antara pandangan Mohd. Affandi dan al-Nadwi tentang sastera Islam iaitu; (a) penekanan terhadap mesej atau perutusan dalam sesebuah karya sastera Islam, (b) penekanan bahawa sastera harus mempunyai kaitan dengan kehidupan, dan (c) pengiktirafan terhadap sastera klasik yang dilihat secara jelas memanfaatkan seni sastera dalam menyampaikan ilmu kepada khalayak masyarakat.

Item Type: Article
Keywords: Sastera Islam, Abu al-Hassan Alī al-Nadwi, Mohd. Affandi Hassan, faktor pendesak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 26 Sep 2016 02:17
Last Modified: 26 Sep 2016 02:17
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5082

Actions (login required)

View Item View Item