Pemanfaatan Ayat Al-Qur’an Serta Sebab Penurunannya (Sabab Al-Nuzul) Dalam Novel Perang Uhud Karya Abdul Latip Talib

Nasir, Mohd Shahrizal (2011) Pemanfaatan Ayat Al-Qur’an Serta Sebab Penurunannya (Sabab Al-Nuzul) Dalam Novel Perang Uhud Karya Abdul Latip Talib. Jurnal Pengajian Melayu, 22 (1). pp. 185-204. ISSN 1823-7622

[img] Text
Pemanfaatan Ayat Al-Quran Dalam Novel Perang Uhud.pdf
Restricted to Registered users only

Download (308Kb) | Request a copy
Official URL: http://e-journal.um.edu.my/publish/JPM/Aabout

Abstract

Makalah ini membincangkan sebuah novel popular berkaitan sejarah Islam yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pembaca khususnya golongan remaja. Kisah Perang Uhud telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an dan mempunyai pengajaran yang berguna untuk umat Islam. Dengan bertolak daripada pegangan peri pentingnya pemanfaatan ayat al-Qur’an dalam karya kreatif dilakukan menurut tatatertib tertentu demi mengelak mempersendakan kehadirannya sebagai wahyu, makalah ini merungkai novel Perang Uhud karya Abdul Latip Talib. Analisis bertolak daripada sebab penurunan (sabab al-nuzul) ayat tersebut kepada Rasulullah SAW, dengan memfokuskan kepada beberapa kutipan ayat al-Qur’an yang terdapat dalam novel berkenaan. Analisis akan tertumpu kepada kewajaran kutipan ayat al-Qur’an tersebut dalam cerita yang dikisahkan, ketepatan maksudnya, serta sejauh mana kesantunan tatatertib pemanfaatan dan peminjaman daripada al-Qur’an telah dihormati. Ternyata dalam novel tersebut, ayat al-Qur’an diletakkan pada akhir episod tertentu sebagai pengukuhan cerita. Berbekalkan beberapa buah kitab tafsir sebagai rujukan, adalah dihujahkan pemanfaatan seperti ini mengundang penelitian yang lebih lanjut lagi.

Item Type: Article
Keywords: al-Quran, sabab al-nuzul, kesantunan pinjaman, karya kreatif, novel popular
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 26 Sep 2016 02:15
Last Modified: 26 Sep 2016 02:15
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5081

Actions (login required)

View Item View Item