Manipulasi Peristiwa Israk Mikraj Dalam Karya Sastera Arab Dan Barat: Satu Analisis Terhadap Al-Maqamah Al-Iblisiyah, Al-Tawabi' Wa Al-Zawabi', Risalat Al-Ghufran Dan The Divine Comedy

Ahmad Osman, Rahmah and Nasir, Mohd Shahrizal (2011) Manipulasi Peristiwa Israk Mikraj Dalam Karya Sastera Arab Dan Barat: Satu Analisis Terhadap Al-Maqamah Al-Iblisiyah, Al-Tawabi' Wa Al-Zawabi', Risalat Al-Ghufran Dan The Divine Comedy. KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 18 (1). pp. 53-76. ISSN 1394-9330

[img] Text
Manipulasi Peristiwa Israk Mikraj dalam Karya Sastera Arab dan Barat.pdf
Restricted to Registered users only

Download (294Kb) | Request a copy
Official URL: http://web.usm.my/kajh/

Abstract

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu tanda kekuasaan Allah SWT yang diperlihatkan kepada hamba-Nya. Tanpa iman yang kukuh, ia tidak dapat diterima akan kebenarannya. Justeru, peristiwa yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini amat besar nilainya di sisi Islam yang akan tetap terpahat dalam lipatan sejarah Islam. Makalah ini akan membincangkan manipulasi peristiwa Israk Mikraj dalam beberapa buah karya sastera Arab dan Barat. Untuk tujuan itu, makalah ini akan mengkaji beberapa buah karya sastera yang dikaitkan dengan peristiwa penting ini iaitu al-Maqamah al-Iblisiyah, al-Tawabi' wa al-Zawabi', Risalat al-Ghufran dan The Divine Comedy. Kajian ini juga akan menyingkap beberapa perkara yang dilihat secara langsung merupakan manipulasi daripada peristiwa Israk Mikraj. Jika aspek ini jelas wujud dalam karya-karya tersebut, maka tidak boleh tidak satu kesimpulan boleh dibuat, iaitu peristiwa Israk Mikraj telah jelas mempengaruhi perkembangan sastera Arab dan Barat. Namun, apa yang lebih penting ialah kesahihan peristiwa Israk Mikraj harus terus dipelihara dan dipertahankan daripada sebarang unsur-unsur negatif dan penghinaan terhadap Islam dan umatnya. Dari sudut yang lain pula, keadaan ini tidak dianggap sebagai menyekat idea kreatif bagi penghasilan karya sastera secara tuntas.

Item Type: Article
Keywords: manipulasi, peristiwa Israk Mikraj, sastera Arab dan Barat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 11 Sep 2016 04:34
Last Modified: 11 Sep 2016 04:34
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5080

Actions (login required)

View Item View Item