Fungsi Ayat Gramatis dalam Pembinaan Hukum Fikah daripada Ayat-Ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah

Mat Teh, Kamarul Shukri and Nasir, Mohd Shahrizal (2015) Fungsi Ayat Gramatis dalam Pembinaan Hukum Fikah daripada Ayat-Ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah. Jurnal Hadhari: An International Journal, 7 (1). pp. 73-88. ISSN 1985-6830

[img] Text
Fungsi Ayat Gramatis Dalam Pembinaan Hukum Fikah Daripada Ayat-Ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (883Kb) | Request a copy
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari

Abstract

Penguasaan tatabahasa Arab merupakan antara syarat penting bagi melayakkan seseorang individu mengeluarkan pandangan (ijtihad) berkaitan masalah fikah. Menurut majoriti ahli bidang tatabahasa Arab silam dan kontemporari, ayat-ayat al-Quran tidak bercanggah dengan hukum tatabahasa Arab. Oleh itu, majoriti ulama bersepakat menjadikan al-Quran sebagai sumber hujah utama dalam menyelesaikan perbezaan pandangan tentang tatabahasa Arab. Hal ini menjelaskan fungsi tatabahasa Arab dalam pemahaman ayat al-Quran serta pembinaan hukum fikah daripada ayat-ayat al-Quran. Malah, perbezaan pandangan dalam kalangan ulama mazhab-mazhab fikah, antara lain berpunca daripada pemahaman mereka terhadap makna ayat al-Quran dari aspek tatabahasa Arab. Makalah ini berusaha menjelaskan fungsi tatabahasa Arab dalam pembinaan hukum fikah daripada nas-nas al-Quran. Terdapat tiga unsur tatabahasa Arab yang mempengaruhi proses pembinaan hukum fikah iaitu fleksi (i’rab), partikel dan ayat gramatis. Makalah ini akan memberi fokus terhadap satu daripada tiga unsur tersebut iaitu ayat gramatis. Berdasarkan analisis tatabahasa yang dibuat terhadap beberapa ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah, secara jelas menunjukkan bahawa fungsi tatabahasa Arab amat penting dalam proses pembinaan hukum fikah daripada ayat al-Quran. Analisis ini seterusnya mengukuhkan keperluan menguasai ilmu tatabahasa Arab oleh individu yang terlibat dalam proses pembinaan hukum fikah, terutama bagi masalah-masalah fikah semasa. Tanpa penguasaan yang mantap terhadap tatabahasa Arab, pembinaan hukum berkaitan masalah fikah akan menjadi celaru dan ia tidak menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi isu-isu yang timbul.

Item Type: Article
Keywords: al-Quran, Tatabahasa Arab, Hukum Fikah, Ayat Gramatis, Ijtihad
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 11 Sep 2016 04:25
Last Modified: 11 Sep 2016 04:25
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5072

Actions (login required)

View Item View Item