Kemukjizatan al-Quran Sebagai Terapi Kerasukan Jin : Analisis Dari Ayat Ruqyah Syar`iyyah

Syed Bidin , Sharifah Norshah Bani (2011) Kemukjizatan al-Quran Sebagai Terapi Kerasukan Jin : Analisis Dari Ayat Ruqyah Syar`iyyah. International Journal on Quranic Research, 1 (1). pp. 107-138. ISSN 2180 4893

[img] Text
International Journal on Quranic Research.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (18Mb) | Request a copy
Official URL: https://www.email.unisza.edu.my/src/webmail.php

Abstract

Di dalam al-Quran, perbahasan mengenai penciptaan dan kewujudan jin lazimnya digandingkan dengan kisah penciptaan manusia. Hal ini secara tidak langsung dapat menunjukkan kebesaran Allah s.w.t yang menciptakan dua jenis makhluk yang berbezxa dari unsur yang berbeza, tetapi mempunyai tugas yang sama iaitu beribadah kepada Allah s.w.t. Terdapat 38 kali perbahasan mengenai jin dalam al-Quran dengan menggunakan istilah al-jan, al-jin dan al-jinnah. Bahkan, Allah telah mengkhususkan satu surah dalam al-Quran yang menggunakan nama Surah al-Jin dan merakamkan dalam ayat 1 hingga ayat 7 surah tersebut tentang perbezaan sifat jin mukmin dan jin kafir, serta hubungan keduanya dengan manusia.Artikel ini merupakan kajian awal secara khususnya ia bertujuan mengenalpasti kesan ayat-ayat ruqyah sebagai terapi kerasukan jin, yang berlaku dalam realiti kehidupan dewasa ini. Selain itu, ia juga bertujuan mengenalpasti sejauhmana aspek kemukjizatan al-Quran semata-mata dapat memberi kesan kepada jin. Data dikumpul menggunakan teknik kualitatif, iaitu melalui analisis tembual mendalam (in-depth interview) dengan pesakit terpilih yang mengalami kerasukan jin dan temubual perawat terpilih yang terlibat dalam amalan perubatan Islam. dapatan kajian menunjukkan ayat-ayat ruqyah syar`iyyah terbahagi kepada empat kategoril iaitu ayat yang memperihalkan kebesaran Allah dan keagungannya,ayat yang memperihalkan kisah Nabi Musa dan tukang sihir, ayat yang memperihalkan tentang balasan Allah bagi golongan yang durhaka(ayat indhar) dan ayat-ayat pelindung. Kajian juga menunjukkan bahawa keberkesanan ayat-ayat al-Quran sebagi terapi rawatan juga tertakluk kepada syarat taqwa, tikrar dan mudawamah dalam bermala oleh perawat. Kajian ini juga mendapati aspek bahasa, iaitu al-i`jaz al-bayani merupakan aspek kemukjizatan al-quran yang dikenalpasti dapat memberi kesan kepada golongan jin. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas untuk wacana terperinci mengneia hubungan, kesan dan pengaruh ayat-ayat al-Quran terhadap golongan jin, sebagai salah satu kaedah menonjolkan kemukjizatan al-Quran melalui bukti ilmiah

Item Type: Article
Keywords: terapi kerasukan jin, ruqyah syar`iyyah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: DR. SHARIFAH NORSHAH BANI SYED BIDIN
Date Deposited: 11 Sep 2016 04:20
Last Modified: 11 Sep 2016 04:20
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5065

Actions (login required)

View Item View Item