KEAGUNGAN FILEM P.RAMLEE DI MALAYSIA: PERSPEKTIF ANTARA GENERASI

Abdullah, Nor Hafizah (2016) KEAGUNGAN FILEM P.RAMLEE DI MALAYSIA: PERSPEKTIF ANTARA GENERASI. In: Workshop of High Impact Journal Publishing, 1-2 March 2016, Dewan Perdana UniSZA.

[img] Text
Proceeding_FBK_2015 (1).pdf
Restricted to Registered users only

Download (3902Kb) | Request a copy

Abstract

P. Ramlee adalah satu nama besar dalam sejarah seni dan budaya bangsa khususnya dalam bidang lakonan dan perfileman. Sebagai seorang insan seni, P. Ramlee telah berjaya membentuk cara, gaya dan disiplin yang tersendiri dalam bidang berkenaan dan inilah yang menjadikan karya-karya beliau masih tetap segar dalam sanubari anak bangsanya hingga kini. Bakat yang dimiliki oleh beliau itu membuatkan beliau diminati oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya termasuklah Melayu, Cina dan India. Bukan itu sahaja, bahkan peminat-peminatnya itu juga terdiri daripada segenap lapisan usia, tidak kira tua ataupun muda. Karya beliau jelas bukan sekadar hiburan sahaja malah ia adalah satu himpunan khazanah yang membicarakan tentang cita-cita, harapan, impian, nilai, kesucian agama, kemelut sosial dan keagungan sejarah. Justeru, kertas kerja ini sebagai satu penyelongkaran rahsia tersembunyi yang menjadikan filem P.Ramlee seperti satu fenomena yang tidak pernah padam. Adalah penting untuk kita merungkai rahsia terembunyi ini, kerana ia akan memberi formula kepada filem sekarang dan juga merungkai bagaimana persepsi dan apresiasi antara dua generasi (“baby boomers” dan “generasi Y”) dalam penilaian mereka terhadap kandungan elemen- filem-filem P.Ramlee dari segi nilai-nilai sejarah, pengawasan sosial, pendidikan, norma dan adat budaya serta humor yang dipaparkan dalam filem beliau. Keywords: P.Ramlee, keagungan filem, perspektif, antara generasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Nor Hafizah Abdullah
Date Deposited: 08 Sep 2016 04:46
Last Modified: 08 Sep 2016 04:46
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5039

Actions (login required)

View Item View Item