Pengajaran dan Model Kelas Berkesan Membantu Menjayakan Program Linus (Literasi)

Ismail, Nor Hasimah and Mohd Zubir, Hajjah Siti Khariah and Mohamad, Nazilah (2015) Pengajaran dan Model Kelas Berkesan Membantu Menjayakan Program Linus (Literasi). In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu IX, 3-4 November 2015, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Serdang, Selangor.

[img] Text
29.Pengajaran dan Model Kelas Berkesan Membantu Menjayakan Program Linus (Literasi) .pdf
Restricted to Registered users only

Download (215Kb) | Request a copy

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat penting dalam usaha untuk memberi kefahaman dan mengatasi permasalahan murid LINUS (literacy, numeracy). Sehubungan itu National Key Results Areas (NKRA‟s) menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan menguasai asas Literasi selepas tahun tiga. Literasi ialah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Objektif Literasi ialah untuk memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas menguasai asas literasi (dalam Bahasa Malaysia) setelah mengikuti pendidikan tahap satu. Semasa berada di tahun satu seseorang murid sudah boleh menulis dan memahami ayat tunggal. Tahun dua murid sudah boleh membaca menulis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk. Tahun tiga murid sudah boleh menulis, memahami ayat tunggal dan ayat majmuk. Konsep Literasi secara bersepadu yang dijalankan ialah menggunakan unsur didik hibur dan penggunaan bahan kesusasteraan dalam pengajaran. Selain itu model kelas Literasi juga perlu diberi perhatian demi memastikan semua murid memperoleh pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Antara model kelas yang bersesuaian dengan murid tidak menguasai ialah model sekolah banyak kelas, model kelas bergabung dan model kelas kecil. Kaedah-kaedah yang berkesan telah digunakan dalam menjayakan program ini. Kata kunci: Literasi, pengajaran, pembelajaran, menguasai

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: nazilah mohamad
Date Deposited: 08 Sep 2016 04:43
Last Modified: 08 Sep 2016 04:43
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/5036

Actions (login required)

View Item View Item