Motivasi Pembelajaran Bahasa Arab

Abdullah, Abdul Hakim and Sulaiman, Ab. Aziz and Wan Abdullah, Wan Ismail and Zakaria, Hafisah (2016) Motivasi Pembelajaran Bahasa Arab. In: Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, pp. 179-193. ISBN 978-967-0899-38-1

[img]
Preview
Text
motivasi pemb b arab.pdf - Published Version

Download (11Mb) | Preview

Abstract

Bab ini membicarakan tentang konsep motivasi, faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua, dan kajian tentang faktor-faktor motivasi pembelajaran di Sekolah Menengah Agama Naim Lil Banat, Kota Bharu, Kelantan. Empat objektif kajian yang dijalankan ialah mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Arab di peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lil Banat, mengenalpasti tahap minat pelajar dalam mata pelajaran bahasa Arab di peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lil Banat, faktor yang mempengaruhi motivasi mereka dan menguji pengaruh motivasi terhadap pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lil Banat.Dapatan kajian tersebut mendapati sebahagian besar responden mempunyai tahap pencapaian dan minat yang baik. Terdapat 5 faktor yang paling mempengaruhi motivasi responden iaitu pandangan mereka bahawa mata pelajaran bahasa Arab adalah penting, persekitaran bahasa Arab, mata pelajaran ini mudah dipelajari dan difahami, kesedaran diri, dan keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik darjah. Kajian ini juga mendapati wujud hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana di antara motivasi dan pencapaian responden dalam mata pelajaran bahasa Arab.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > LC Special aspects of education
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: AP Dr. Abdul Hakim Abdullah
Date Deposited: 08 Sep 2016 04:09
Last Modified: 08 Sep 2016 04:09
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4994

Actions (login required)

View Item View Item