Penerokaan Pengukuran Kualiti Hidup_Maqasid Syariah

Mohamad, Mahadzirah and Omar, Nizaita and Mat Ali @ Salim, Nor Azman and Awang, Zainudin (2016) Penerokaan Pengukuran Kualiti Hidup_Maqasid Syariah. Penerbit UniSZA, Malaysia. ISBN 978-967-0899-39-8

[img]
Preview
Text
Penerokaan Pengukuran Kualiti Hidup Maqasid Syariah.pdf - Published Version

Download (585Kb) | Preview

Abstract

Maqasid Syariah terdiri daripada lima aspek kehidupan, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kelima-lima aspek ini akan memainkan peranan penting dalam menjamin kehidupan manusia bagi mencapai kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti di dunia dan akhirat. Cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan penyelidik dan pembuat polisi dalam mengukur kualiti hidup individu berpandukan lima aspek Maqasid Syariah adalah tiada instrumen yang tepat serta boleh dipercayai bagi mengukur kelima-lima aspek tersebut. Sehubungan dengan itu, buku ini mencadangkan item pengukuran yang dibangunkan bersumberkan kepada al-Quran dan hadis bagi tujuan untuk mengukur kelima-lima aspek kehidupan Maqasid Syariah tersebut di atas. Penggunaan al-Quran dan hadis ini sebagai sumber pembinaan item pengukuran adalah berdasarkan wasiat Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, r.a. “aku tinggalkan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah”.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Economics & Management Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad
Date Deposited: 11 Aug 2016 07:40
Last Modified: 11 Aug 2016 07:40
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4919

Actions (login required)

View Item View Item