Transformasi Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru UniSZA

Wan Abdullah, Wan Ismail and Abdullah, Abdul Hakim and Kamaruzaman, Nur Iyliani (2015) Transformasi Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru UniSZA. In: International Seminar on al - Quran in Contemporary Society, 10-11 Oktober 2015, UniSZA.

[img]
Preview
Text (article)
TMK SQ 2015.pdf - Published Version

Download (289Kb) | Preview
Official URL: http:www.unisza.edu.my/sq2015/index.php?option=com...

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru UniSZA. Responden kajian ini terdiri daripada Guru Pendidikan Islam yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di UniSZ dan sampel kajian yang terlibat dengan kajian ialah seramai 230 orang responden. Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah dibina untuk menguji tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran responden yang terlibat. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science v.22 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratusan kekerapan. Kebolehpercayaan item soal selidik telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang diadakan sebelum kajian sebenar. Hasil kajian rintis kebolehpercayaan bagi item tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah .87. Hasil analisis secara statistik deskriptif telah menunjukkan tahap kepenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang TINGGI dalam kalangan responden yang terbabit dengan kajian ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Pengajaran dan Pembelajaran; Guru Pendidikan Islam; Program Pensiswazahan Guru
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: AP Dr. Abdul Hakim Abdullah
Date Deposited: 14 Jul 2016 07:12
Last Modified: 14 Jul 2016 07:12
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4902

Actions (login required)

View Item View Item