Pentaksiran Pembelajaran dan Implikasi

Yunus, Yuslaini and Mat Teh, Kamarul Shukri (2015) Pentaksiran Pembelajaran dan Implikasi. Minda Pendidik, 3 (-). pp. 29-38. ISSN 2289-2532

[img]
Preview
Text
Minda.pdf - Published Version

Download (4Mb) | Preview

Abstract

Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang dirancang secara sistematik untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya demi menangani cabaran-cabaran abad ke-21. sistem pentaksiran yang diamalkan oleh negara Malaysia sepatutnya lebih menjurus kepada menentukan kualiti pendidikan, pencapaian, mencungkil potensi, bakat, mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan memotivasikan pelajar. Pada masa ini penekanan banyak diberi kepada pentaksiran sumatif yang hanya mampu memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam pembelajaran tetapi tidak berupaya mengenal pasti kelemahan dan masalah pelajar dalam pembelajaran. Pentaksiran berkualiti merangkumi lima aspek utama iaitu bersesuaian dengan tujuan, meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran, telus, efisien dan diyakini awam. pentaksiran sentiasa digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi ia menjadi lebih berbeza dan kompleks serta diintegrasikan sebagai pentaksiran pembelajaran iaitu penntaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as iearning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning).

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh
Date Deposited: 10 May 2016 03:56
Last Modified: 10 May 2016 03:56
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4795

Actions (login required)

View Item View Item