Penguasaan frasa al-idhafah (aneksi) dalam kalangan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Abdullah, Shekarma and Mezah, Che Radiah and Mohamed , Ab. Halim and Mat Teh, Kamarul Shukri (2015) Penguasaan frasa al-idhafah (aneksi) dalam kalangan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9 (Jan). pp. 101-139. ISSN 1985-7667( printed) 2289-6325 (online)

[img]
Preview
Text
ShekarJimk.pdf - Published Version

Download (471Kb) | Preview

Abstract

Penguasaan frasa yang mantap dalam sesuatu bahasa adalah sangat penting bagi memperkukuhkan lagi penguasaan terhadap bahasa tersebut. Ini kerana, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu frasa itu dapat dikuasai sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan. Pelbagai kajian telah melaporkan tentang kelemahan para pelajar dalam penguasaan frasa. Justeru, kajian ini memberi pemfokusan kepada penguasaan dalam satu jenis frasa nama sahaja iaitu frasa al-idhāfah ataupun juga dikenali sebagai frasa aneksi. Kajian kuantitatif yang bersifat deskriptif ini dijalankan ke atas 186 orang pelajar tahun akhir, jurusan pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Data kajian dikumpul melalui pelaksanaan satu set soalan ujian bertulis berkaitan dengan frasa al-idhāfah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berada pada tahap rendah (lemah) dalam penguasaan frasa al-idhāfah secara keseluruhannya, sama ada mengikut pembahagian markah, gred, tahap penguasaan, dan juga mengikut konstruk-konstruk soalan yang telah dibina. Kajian ini diharap dapat menjadi satu pencetus idea kepada pengkaji-pengkaji dalam memajukan lagi industri pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif pada masa akan datang.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh
Date Deposited: 10 May 2016 03:53
Last Modified: 10 May 2016 03:53
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4791

Actions (login required)

View Item View Item