Ayat-ayat motivasi Dalam al-Quran: Analisis Kisah-kisah Dakwah Rasulullah Kepada Golongan Musyrikin

Syed Bidin, Sharifah Norshah Bani and Omar, Najmiah (2009) Ayat-ayat motivasi Dalam al-Quran: Analisis Kisah-kisah Dakwah Rasulullah Kepada Golongan Musyrikin. In: Islam & Contemporary Muslims Challenges and Issues. Department Of Theology And Philosophy, Faculty Of Islamic Studies, UKM., Bangi, Selangor, pp. 397-406. ISBN 978-967-5048-74-6

[img] Text
New Doc 6.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (11Mb) | Request a copy

Abstract

Ayat-ayat motivasi bermaksud ayat-ayat yang boleh memberi inspirasi, semangat, perubahan dan perangsang kepada jiwa, jati-diri dan minda seseorang. Dalam menelusuri ayat demi ayat dalam al-Quran, seseorang akan menemui banyak ayat al-Quran berbentuk motivasi yang berperanan khasnya sebagai peneguh hati Baginda dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran daripada kaumnya dan sebagai penawar buat manusia amnya. Dalam kehidupan seharian, manusia memerlukan motivasi sebagai mekanisme dalaman untuk memantapkan diri, meneguhkan jiwa, menjadi optimis dan berfikiran positif. Manusia boleh dimotivasi melalui pelbagai cara seiring dengan pelbagai bentuk kehendak serta dorongan dalaman. Abraham Maslow ( 1954) menyatakan terdapat 6 tahap dalam hierki kehendak manusia, iaitukehendak fisiologi, kehendak stimulasi, kehendak keselamatan, kehendak kasih sayang dan kepunyaan, kehendak penghargaan diri, dan yang paling kemuncak dari kesemuanya adalah mencapai kesempurnaan kendiri ( Michael Eysenck 1998:438). Motivasi adalah satu penggerak kepada seseorang untuk mengawal diri dalam menghadapi situasi getir dan mencabar. Ia boleh memberi keupayaan kepada seseorang bersikap tenang dalam menghadapi tekanan. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan yang yang dikemukakan oleh Herbert L. Petri ( 1979:10) bahawa perubahan dalam motivasi memandu ke arah perubahan dalam tingkahlaku yang baik dalam masyarakat. Manakala Ford Martin ( 1992: 16) pula menyebut, motivasi menyediakan asas yang kukuh dari sudut psikologi bagi perkembangan keupayaan manusia dalam kehidupan harian. Bertitik tolak dari premis ini maka sudah pasti apa yang Allah hidangkan dalam al-Quran adalah menepati segala keperluan dan kehendak manusia keseluruhannya. Al-Quran sebagai mukjizat teragung untuk Rasulullah s.a.w., di dalamnya terakam segala pahit getir Baginda membawa risalah Islam kepada umat sejagat. Malahan Baginda dimuliakan oleh Allah dengan mengkhususkan satu surah dalam al-Quran yang dinamakan Surah Muhammad. Justeru itu, sirah Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik role-model dan panduan dalam kehidupan seharian.

Item Type: Book Section
Keywords: Ayat,motivasi, al-Quran, dakwah, Rasulullah.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Najmiah Omar
Date Deposited: 21 Mar 2016 00:17
Last Modified: 21 Mar 2016 00:17
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4634

Actions (login required)

View Item View Item