KEBERADABAN UNGGUL MELAYU DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA (IR): MENGGARAPKAN CIRI-CIRI HUBUNGAN LUAR KESULTANAN TERENGGANU

Omar Din, Mohamed Anwar and Mat Akib, Mat Zin and Zakaria, Zulayti and Aziz, Hamdan (2015) KEBERADABAN UNGGUL MELAYU DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA (IR): MENGGARAPKAN CIRI-CIRI HUBUNGAN LUAR KESULTANAN TERENGGANU. In: Seminar Institusi Raja (SIRaj III), 26 February 2015, DBP, KL. (In Press)

[img] Image
Pembentang Raja Perlis 1.jpg
Restricted to Registered users only

Download (983Kb) | Request a copy

Abstract

Makalah ini menggarap ciri-ciri hubungan antarabangsa Negeri-Negeri Melayu dengan memberi tumpuan terhadap ciri-ciri amalan dalam hubungan luar Kesultanan Terengganu. Sumber-sumber penulisan terdiri daripada rekod-rekod arkib di Arkib Negara Malaysia dan National Archive London, meliputi laporan-laporan SSD, laporan-laporan Colonial Office (C.O.), Monthly Report by British Agent, dan juga catatan para pelawat luar yang mengunjungi Terengganu sejak abad ke-17, catatan para pegawai British dan tulisan-tulisan para pengkaji awal dalam JMBRAS abad ke-18. Makalah ini menjelaskan bagaimana ciri-ciri unggul keberadaban Melayu dizahirkan oleh Raja-Raja Melayu Terengganu dalam hubungan luar. Didapati antara ciri-ciri keberadaban unggul Melayu yang dizahirkan Raja-Raja Melayu Terengganu dalam hubungan luar ialah sentiasa memberi layan tamu yang mesra kepada orang luar, amanah, beradab dan bersopan santun, bersikap bersahabat dan menghindari dari campur tangan dalam hal-ehwal pihak luar. Terbukti dalam sejarah, amalan ciri-ciri keberadaban unggul Melayu ini telah menjadi faktor utama kenapa Negeri Terengganu sentiasa berada dalam keadaan stabil, aman dan makmur walaupun kedudukan negeri tersebut sentiasa dikelilingi ancaman luar terutamanya Kuasa Siam dan British sendiri.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Akan menjadi bab dalam buku. Sekarang dalam proses penerbitan, tetapi dikira penerbitan tahun 2015
Keywords: Layan tamu yang mesra, amanah, beradab dan bersopan santun, bersikap bersahabat dan menghindari dari campur tangan dalam hal-ehwal pihak luar.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Faculty / Institute: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Prof.Dato' Mohamed Anwar Omar Din
Date Deposited: 12 Jul 2016 04:44
Last Modified: 12 Jul 2016 04:44
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4517

Actions (login required)

View Item View Item