Kriteria Penyelidik Muslim Berasaskan Kriteria Kelayakan Mufti

Wan Khairuldin, Wan Mohd Khairul Firdaus (2015) Kriteria Penyelidik Muslim Berasaskan Kriteria Kelayakan Mufti. Journal of Fatwa Management and Research, 5 (2). pp. 27-54. ISSN 2232-1047

[img]
Preview
Text
Jurnal Fatwa.pdf - Published Version

Download (2942Kb) | Preview

Abstract

Artikel ini berhasrat mengenal pasti dan menganalisis kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang penyelidik Islam dalam menjalankan penyelidikan. Kriteria tersebut ditinjau menerusi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh ulama untuk menjadi seorang mufti. Mufti merupakan seorang mujtahid yang mampu mengistinbat hukum-hukum syarak daripada sumber ambilannya dengan menepati kaedah-kaedah berijtihad yang telah ditetapkan. Penyelidik dan mufti berkongsi satu perkara iaitu mereka meneliti permasalahan untuk diselesaikan. Persoalannya, apakah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh para ulama Islam untuk dilantik menjadi seorang mufti? Dan adakah syarat-syarat tersebut sesuai untuk diaplikasikan dalam penentuan kriteria penyelidik muslim? Artikel ini menjawab persoalan tersebut menerusi analisis tekstual terhadap beberapa karya klasik dan kontemporer. Artikel ini menfokuskan kepada dua perkara utama. Pertama, mengenal pasti syarat-syarat kelayakan seorang mufti dalam Islam. Kedua, menganalisis syarat-syarat kelayakan seorang mufti bagi diaplikasikan sebagai kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang penyelidik muslim dalam menjalankan sesuatu penyelidikan terutama penyelidikan berkaitan Islam. Hasil dapatan mendapati bahawa terdapat empat syarat utama untuk dilantik menjadi mufti. Syarat-syarat tersebut ialah muslim, mukalaf, ‘adalah (adil) dan mujtahid. Dapatan juga mendapati syarat-syarat ini boleh diaplikasikan dan ditetapkan kepada seorang penyelidik terutama penyelidik muslim dan penyelidikan yang berkaitan dengan Islam.

Item Type: Article
Keywords: Penyelidik Muslim, Mufti, Kelayakan Mufti, Penyelidikan Berkaitan Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
Date Deposited: 10 Feb 2016 02:05
Last Modified: 10 Feb 2016 02:05
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4480

Actions (login required)

View Item View Item