KEDUDUKAN HADITH DALAM KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Wan Khairuldin, Wan Mohd Khairul Firdaus and Hassan, Shahir Akram and Wan Mokhtar, Wan Khairul Aiman (2015) KEDUDUKAN HADITH DALAM KAEDAH PENGUMPULAN DATA. In: SALAH FAHAM TERHADAP SUNNAH ISU DAN PENYELESAIAN. Jabatan al-Quran & al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur., Universiti Malaya, pp. 311-320. ISBN : 978-967-5534-44-7

[img] Text
00010050_127645.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (5Mb) | Request a copy

Abstract

Abstrak: Kertas kerja ini menganalisis kedudukan hadith yang menjadi sumber utama dalam Islam dalam kaedah penyelidikan lazim. Perbincangan ini difokuskan kepada kaedah pengumpulan data. Dalam kaedah pengumpulan data, hadith dikategorikan sebagai data sekunder bersama-sama al-Quran dan sumber-sumber utama Islam yang lain. Secara tidak langsung ia bertentangan dengan penyusunan sumber yang ditetapkan oleh Islam. Oleh yang demikian, kajian ini meneliti kembali kedudukan hadith dalam kaedah pengumpulan data sama ada perlu digunapakai seperti sediakala dalam kaedah penyelidikan lazim atau perlu kepada pengasingan sumber-sumber utama Islam ini. Kertas kerja ini memfokuskan kepada dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti kedudukan hadith dalam kaedah pengumpulan data. Kedua, menganalisis keperluan perincian semula kaedah pengumpulan data terutama yang melibatkan penggunaan sumber-sumber utama Islam termasuklah hadith. Bagi mencapai objektif kajian ini, kajian perpustakaan dan analisis tekstual digunakan. Dapatan awal mendapati hadith sememangnya dikategorikan sebagai salah satu daripada sumber sekunder dalam kaedah pengumpulan data. Dapatan awal juga mendapati terdapat keperluan untuk mengasingkan sumber-sumber utama Islam terutama al-Quran dan hadith sebagai sumber yang berasingan berbanding pembahagian sumber primer dan sekunder dalam kaedah penyelidikan lazim.

Item Type: Book Section
Keywords: Hadith, kaedah pengumpulan data, kaedah penyelidikan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
Date Deposited: 07 Feb 2016 02:50
Last Modified: 07 Feb 2016 02:50
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4476

Actions (login required)

View Item View Item