TINGKAH LAKU GURU DALAM MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DI SEKOLAH RENDAH

Che Seman, Shamilati and Embong, Rahimah and Wan Yusoff, Wan Mazwati (2015) TINGKAH LAKU GURU DALAM MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DI SEKOLAH RENDAH. In: National Research Seminar 2015, 9 MEI 2015, UPSI, KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH. (Unpublished)

[img] Text
2015 SPK- Tingkah Laku Guru-shamilati.pdf
Restricted to Registered users only

Download (135Kb) | Request a copy
Official URL: http://seminarfpe.wix.com/spk2015

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau tingkah laku guru dalam membangunkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah rendah. Ia akan mendefinisikan konsep tingkah laku guru. Seterusnya, menjelaskan rangka kerja teoritikal dan membincangkan implikasi konsep ini dalam PdP. Kajian antarabangsa menunjukkan kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid (KPM, 2013) kerana guru adalah pemangkin wadah pendidikan untuk murid membina daya pemikiran beraras tinggi. Namun, berdasarkan dapatan kajian Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), hanya 12% daripada pengajaran disampaikan pada standard yang tinggi, 38% mencapai standard memuaskan dan 50% pengajaran tidak disampaikan dengan memuaskan berdasarkan pemerhatian terhadap 125 pengajaran di 41 sekolah di seluruh Malaysia. Justeru, bahagian pertama kajian ini adalah penghayatan semula cara mengajar kemahiran berfikir, iaitu mengajar untuk berfikir, mengajar cara berfikir dan mengajar tentang berfikir. Bahagian kedua kertas konsep ini menjelaskan rangka kerja teoritikal yang membina konsep yang dijelaskan dari aspek keinginan manusia, tabiat minda, kecenderungan berfikir, bahasa pemikiran dan arkitek intelek. Seterusnya, beberapa implikasi konsep kepada PdP akan dibincangkan di dalam bahagian ketiga. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara kritikal dan konseptual secara kualitatif. Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) menggesa supaya setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting, iaitu Pemikiran Kreatif dan Inovatif; Pemikiran Kritis dan Penaakulan; dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan pelbagai kemahiran berfikir untuk mempertingkatkan kualiti diri mereka dalam mendepani arus cabaran di era globalisasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Tingkah Laku Guru, Mengajar Kemahiran Berfikir, Kualiti Guru.
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 12 Jul 2016 04:31
Last Modified: 12 Jul 2016 04:31
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4418

Actions (login required)

View Item View Item