STRATEGI PEREKAYASAAN MODAL INSAN CEMERLANG BERDASARKAN SURAH AL-KAHFI

Hamzah, Mohd Shafiee and Embong, Rahimah and Yaacob, Azhar and Ismail, Daud (2015) STRATEGI PEREKAYASAAN MODAL INSAN CEMERLANG BERDASARKAN SURAH AL-KAHFI. In: International Seminar on al - Quran in Contemporary Society, 10-11 Oktober 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

[img] Text
2015 SQ -e_proceedings.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10Mb) | Request a copy
[img] Text
2015 SQ -Al-Kahfi- Shafiee.doc
Restricted to Registered users only

Download (232Kb) | Request a copy
Official URL: http://www.unisza.edu.my/sq2015

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti beberapa strategi utama untuk merekayasa modal insan cemerlang berdasarkan pengajaran yang boleh dianalisis daripada surah al-Kahfi. Surah ini sarat dengan pelbagai kisah tauladan seperti Ashab al-Kahfi, Nabi Adam a.s.dan Iblis, Nabi Musa a.s. dan hamba soleh serta nabi Zulkarnain a.s. Kesemua kisah tersebut berkait rapat dengan pembentukan peribadi Muslim yang telah terbukti cemerlang dalam setiap aspek iaitu spiritual, moral, fizikal dan intellektual. Kedah kontemplatif digunakan untuk menganalisis ayat-ayat pilihan dalam surah al-Kahfi dan juga ayat-ayat daripada surah yang berkaitan. Analisis kandungan juga diaplikasikan untuk meneliti kandungan yang tersurat dalam Tafsir Fi zilal al-Quran karya Sayyid Qutub dan juga tafsir Ibn Kathir. Kajian terhadap kisah-kisah yang dinukilkan dalam Surah al-Kahfi ini, telah menemukan beberapa strategi boleh diaplikasikan dalam perekayasaan modal insan. Dapatan kajian telah mengenalpasti lima strategi utama iaitu; pertama, pemantapan akidah dalam setiap diri modal Insan; kedua, pembinaan pandangan alam (tasawur) yang benar tentang kehidupan; ketiga, penerapan adab dalam proses pencarian ilmu; keempat, pembinaan benteng yang kukuh daripada sebarang anasir merosakkan masyarakat dan kelima, amalan pemakanan yang berkualiti. Kajian ini memberi implikasi kepada peningkatan kualiti hidup dan nilai modal insan cemerlang untuk memperkasakan tamadun Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Pendidikan Islam, Pemantapan Sahsiah Islam, Modal Insan, Akidah, Surah al-Kahfi
Subjects: L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 02 May 2016 03:12
Last Modified: 02 May 2016 03:12
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4417

Actions (login required)

View Item View Item