Impak Banjir Terhadap Kualiti Hidup Semasa Penduduk Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu: Persekitaran Fizikal

Rahman, Abd Lokman and Kamarudin, Mohd Khairul Amri and Toriman, Mohd Ekhwan and Mohamad, Mahadzirah (2015) Impak Banjir Terhadap Kualiti Hidup Semasa Penduduk Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu: Persekitaran Fizikal. In: BENCANA BANJIR Kupasan Pelbagai Perspektif. Penerbit Unisza, pp. 103-113. ISBN 978-967-0899-14-5

[img] Text
BAB 7 BUKU BENCANA BANJIR.. 2015.pdf
Restricted to Registered users only

Download (48Kb) | Request a copy

Abstract

Bencana banjir berlaku disebabkan oleh fitrah alam atau pun disebabkan kerakusan manusia yang berlaku ketika berinteraksi dengan unsur fizikal alam dalam memenuhi kelangsungan hidup. Kegiatan manusia telah mengubah pandang darat fizikal dan budaya sangat signifikan dengan kejadian banjir. Perubahan gunatanah yang dilakukan oleh manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sememangnya memberikan implikasi yang besar kepada keseimbangan ekosistem alam sekitar kerana telah mengganggu kitaran semula jadinya. Pembangunan guna tanah secara mapan di kawasan lembangan saliran boleh mengurangkan risiko bencana banjir yang mampu mengancam keselamatan manusia dan harta benda. Mutakhir, proses urbanisasi yang berlaku di mukim Kuala Nerus terutamanya di Gong Badak melibatkan perubahan guna tanah yang ketara. Bencana banjir luar biasa yang berlaku pada akhir tahun 2014 memberi impak yang besar terhadap beberapa kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Impak banjir ini turut dirasai oleh masyarakat di Kuala Nerus walaupun magnitude banjirnya tidaklah seteruk di kawasan Lembangan Sungai Kelantan. Pada akhir tahun 2014 iaitu pada 18 hingga 20 November 2014, gelombang pertama banjir yang melanda di kawasan pantai timur tertumpudi kawasan Kuala Nerus turut melibatkan dua institut pengajian tinggi utama yang berada di negeri Terengganu iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta meliputi beberapa kawasan rendah lain yang berada di sekitar kawasan daerah Kuala Nerus. Banjir ini telah menyebabkan beberapa aktiviti harian seperti perniagaan, pembelajaran, pekerjaan dan lain-lain terjejas serta menyebebkan berlakunya beberapa siri pemindahan bagi sesetengah kawasan berisiko. Bencana ini juga membawa kepada beberapa kemusnahan persekitaran fizikal dan menyebabkan timbulnya ketidakselesaan kepada penduduk di kawasan terlibat. Selanjutnya memberi implikasi terhadap kualiti hidup penduduk setempat. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan bagi melihat impak banjir (daripada segi persekitaran fizikal) terhadap kualiti hidup semasa penduduk setempat.

Item Type: Book Section
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Design Arts & Engineering Technology
Depositing User: Dr. Mohd Khairul Amri Kamarudin
Date Deposited: 04 Jan 2016 01:18
Last Modified: 04 Jan 2016 01:18
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4348

Actions (login required)

View Item View Item