PELABURAN EMAS DALAM KALANGAN MUSLIM PROFESIONAL DI KUALA TERENGGANU

Nordin, Nadhirah and Embong, Rahimah and Ismail, Siti Khatijah and Kamaruddin, Kasimah and Mohamed, Zainun (2015) PELABURAN EMAS DALAM KALANGAN MUSLIM PROFESIONAL DI KUALA TERENGGANU. In: Unisza Research Conference (URC 2015), 14-16 april 2015, Gong Badak Campus, UniSZA, Terengganu.

[img] Text
2015%20URC-%20Emas-%20Nadhirah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (75Kb) | Request a copy
Official URL: https://crim.unisza.edu.my/urc2015/index.php?optio...

Abstract

Pelaburan emas merupakan satu alternatif yang bijak untuk menjaga kestabilan kewangan terutamanya semasa berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Perkara ini menjadi satu fenomena dalam kalangan umat Islam hari ini dengan wujudnya pelbagai bentuk produk, teknik dan pelan pelaburan emas di pasaran semasa. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan para pelabur Muslim melabur dalam pelaburan emas, terdapat produk, teknik dan pelan pelaburan emas yang tidak tidak sah dari sudut undang-undang dan tidak patuh syariah. Walaupun Parameter Pelaburan Emas patuh syariah telah difatwakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, adalah dikhuatiri terdapat pelabur Muslim yang berpendidikan tinggi, namun masih tidak jelas tentang kriteria pelaburan emas patuh syariah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan asas, kefahaman dan amalan dalam kalangan Muslim profesional terhadap pelaburan emas di Kuala Terengganu. Kajian ini dilakukan secara lapangan (field studies) dan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan melalui instrumen soal selidik. Responden terdiri daripada 300 orang Muslim professional di Universiti Sultan ZainalAbidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan kaedah perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian yang telah dilakukan menunjukkan tahap pengetahuan Muslim profesional di universiti-universiti ini tentang asas-asas pelaburan emas adalah sederhana. Manakala tahap kefahaman mereka tentang hukum pelaburan emas patuh syariah pula hanyalah memuaskan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Pelaburan emas, pelaburan patuh syariah, Muslim Profesional
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 02 May 2016 03:10
Last Modified: 02 May 2016 03:10
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4334

Actions (login required)

View Item View Item