PENGGUNAAN BUKU DAFTAR KOSA KATA BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN BAHASA ARAB STANDARD DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANU

Raja Sulaiman, Raja Hazirah and Baioumy , Nasyaat and Embong, Rahimah and Nik Din, Nik Murshidah and Awang, Noor Anida (2015) PENGGUNAAN BUKU DAFTAR KOSA KATA BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN BAHASA ARAB STANDARD DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANU. In: World Islamic Social Science Congress (WISSC, 2015), 1-2 December 2015, PICC Putrajaya, Malaysia. (In Press)

[img] Text
abstrak%20WICCS%20-kitabah-edited.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12Kb) | Request a copy
Official URL: http://www.unisza.edu.my/wissc/

Abstract

Kertas konsep ini bertujuan mengkaji penggunaan buku kosa kata peribadi dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin di Terengganu. Penggunaan ‘Buku Daftar Kosa Kata’ merupakan salah satu kaedah untuk memperkayakan perbendaharaan bahasa Arab bagi pelajar jurusan pengajian Islam. Kaedah perlu dimanfaatkan oleh pelajar berkenaan disebabkan jurusan tersebut lebih banyak menggunakan bahasa Arab berbanding bahasa-bahasa lain. Kajian adalah bersifat kualitatif. Sebanyak 100 orang responden yang merupakan pelajar Diploma jurusan Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam akan dipilih secara rawak. Pengumpulan data pula dibuat dengan menggunakan alat pengukuran kajian iaitu instrumen berbentuk buku daftar kosa kata Teknik pemilihan kosa kata daripada sumber maklumat berbentuk audio dan visual serta contoh penggunaanya, dalam konteks ayat dibina sendiri oleh pelajar tersebut dijangkakan dapat meningkatkan kemahiran penulisan Bahasa Arab standard. Perbendaharaan baharu yang dikumpul akan dilengkapkan mengikut 4 item yang telah ditetapkan iaitu makna perkataan tersebut dalam bahasa Melayu, perkataan seerti, perkatan berlawanan dan penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat yang betul. Pengumpulan perbendaharaan tersebut akan berlaku sepanjang satu semester dan tidak dihadkan bilangannya. Kajian ini amat signifikan bagi membantu para pelajar jurusan Pengajian Islam untuk meningkatkan tahap kemahiran bahasa Arab dalam bentuk penulisan yang standard.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Buku Daftar, Kosa Kata, Bahasa Arab Standard, Kemahiran Penulisan Bahasa Arab
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 02 May 2016 02:56
Last Modified: 02 May 2016 02:56
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4327

Actions (login required)

View Item View Item