GURU DAN CABARAN DALAM MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DI SEKOLAH RENDAH

Che Seman, Shamilati and Embong, Rahimah and Wan Yusoff, Wan Mazwati (2015) GURU DAN CABARAN DALAM MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DI SEKOLAH RENDAH. In: World Islamic Social Science Congress 2015, 1-2 December 2015, PICC Putrajaya, Malaysia.

[img] Text
Guru dan Cabaran dalam Memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12Kb) | Request a copy
Official URL: http://www.unisza.edu.my/wissc/

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi para guru sekolah rendah dalam menyemai, memupuk dan membudayakan pemikiran aras tinggi di bilik darjah. Proses pengajaran berfikir terutama Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mempunyai cabaran yang tersendiri. Cabaran-cabaran tersebut perlu perhatian yang sewajarnya. Pada abad ke-21, salah satu aspek kritikal yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif adalah menilai keberkesanan guru dalam membangunkan keupayaan para murid untuk berfikir selain dari memastikan tahap penguasaan mereka terhadap isi kandungan. Justeru, pembangunan dan peningkatan KBAT dalam kalangan murid telah menjadi matlamat utama bagi pendidikan masa ini. Bahkan, untuk memenuhi aspirasi negara dalam bidang pendidikan, peranan guru dalam menyemai pemikiran aras tinggi telah menjadi satu lagi aspek penting dalam proses pengajaran berfikir secara berkesan. Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual terhadap informan yang terdiri daripada guru Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Soalan temu bual berfokus kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran KBAT di bilik darjah. Dapatan menunjukkan bahawa semua guru tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran PdP abad ke-21. Walau bagaimanapun, mereka masih berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada daripada aspek PdP; sifat dan sikap murid serta guru itu sendiri. Intihanya, guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran akan menjadi sandaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Malah, guru berperwatakan bestari dan memiliki saiz wilayah iltizam yang besar dalam pengupayaan potensi muridnya, akan menterjemahkan cabaran yang dihadapi dalam bentuk yang lebih positif secara menyeluruh.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, cabaran guru, pengajaran dan pembelajaran, pengajaran berfikir
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 12 Jul 2016 04:28
Last Modified: 12 Jul 2016 04:28
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4326

Actions (login required)

View Item View Item