Perubahan Makna dan Sosiobudaya: Tinjauan Terhadap Kamus Marsden 1812

Mohamad, Nazilah and Harun, Karim and Ismail, Nor Hasimah (2015) Perubahan Makna dan Sosiobudaya: Tinjauan Terhadap Kamus Marsden 1812. In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu IX, 3-4 NOVEMBER 2015, UPM, SERDANG. (In Press)

[img] Text
21. Perubahan Makna dan Sosiobudaya Tinjauan Terhadap Kamus Marsden 1812.pdf
Restricted to Registered users only

Download (233Kb) | Request a copy

Abstract

Makalah ini membincangkan perkamusan Melayu pada abad ke-19. Penelitian dilakukan melalui kamus dwibahasa yang diusahakan oleh Marsden pada tahun 1812. Perbincangan difokuskan kepada aspek-aspek yang terdapat dalam kamus Marsden seperti kandungan, lemma, dan entri. Makalah ini juga meneliti data-data linguistik yang terdapat dalam kamus Marsden. Jurang masa 200 tahun menyebabkan adanya perubahan-perubahanterhadap sesuatu kata iaitu mungkin mengalami pengembangan, pengecilan atau penggantian. Oleh itu, makalah ini akan melihat perubahan-perubahan kosa kata dalam kamus Marsden dari aspek internal linguistik sepertimorfologi, semantik dan aspek eksternal linguistik yang turut membincangkan mengenai sejarah dan sosiobudaya masyarakat Melayu pada abad ke-19.Rakaman kosa kata dalam pendokumenan Melayu dapat memberi gambaran mengenai peristiwa, sejarah, dan kebudayaan masyarakat Melayu dalam suatu masa itu. Makalah ini menggunakan kamus Dewan edisi keempat (2013) bagi membolehkan penelitian ini dapat dijalankan. Hasil daripada penelitian yang dijalankan didapati kata ‘jalang’ yang terdapat dalam catatan kamus pada abad ke-19 mengalami perubahan kelas kata, makna disebabkan berlaku perubahan sosiobudaya masyarakat. Kata kunci: perkamusan Melayu, kamus Marsden, abad ke-19, semantik, sosiobudaya

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PN Literature (General)
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: nazilah mohamad
Date Deposited: 07 Feb 2016 02:34
Last Modified: 07 Feb 2016 02:34
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4301

Actions (login required)

View Item View Item