RASUAH DALAM PENTADBIRAN TANAH: PENYELESAIAN MENURUT ISLAM

Harun, Noraida and Hassim, Jady@Zaidi (2015) RASUAH DALAM PENTADBIRAN TANAH: PENYELESAIAN MENURUT ISLAM. In: International Seminar on al - Quran in Contemporary Society, 10-11 Oktober 2015, UniSZA.

[img] Text
e_proceedings_sq.pdf NORAIDA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10Mb) | Request a copy

Abstract

Pada zaman moden ini, tiada negara yang terkecuali daripada masalah rasuah. Rasuah dalam sektor awam dan swasta telah menjadi satu masalah utama bagi kerajaan. Rasuah merupakan gejala serius yang sering menjadi topik perbincangan sejak akhir-akhir ini terutamanya dalam media massa. Di samping itu juga, pelbagai kesan negatif yang akan timbul akibat daripada masalah rasuah ini. Objektif utama penulisan ini dibuat adalah untuk melihat gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran tanah. Justeru itu, trend jenayah rasuah dalam pentadbiran tanah yang semakin meningkat amatlah membimbangkan kerana boleh menggugat kepercayaan orang ramai terhadap institusi pejabat tanah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah rasuah, beberapa cadangan penambahbaikan dan jalan penyelesaian bagi mengekang jenayah ini dari terus berlaku. Perbincangan ini turut mengupas Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) adakah mampu memberi penyelesaian kepada permasalahan jenayah ini. Kajian kepustakaan dan kaedah analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa punca masalah rasuah yang telah dikenal pasti berlaku dalam pentadbiran tanah dan ASPRM 2009 turut dilihat masih longgar dalam usaha untuk mengekang masalah rasuah ini. Penulisan ini akan mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan menurut perspektif Islam dalam menjamin kepentingan dan hak-hak semua pihak yang terlibat. Kata kunci: rasuah, pentadbiran tanah, punca, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 , cadangan dan penyelesaian menurut Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: noraida noraida Harun
Date Deposited: 28 Dec 2015 04:05
Last Modified: 28 Dec 2015 04:05
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4266

Actions (login required)

View Item View Item