PENIPUAN MELALUI SURAT KUASA WAKIL (POWER OF ATTORNEY) DALAM URUSAN URUS NIAGA TANAH

Harun, Noraida and Hassim, Jady@Zaidi and Ismail@Nawang, Nazli (2015) PENIPUAN MELALUI SURAT KUASA WAKIL (POWER OF ATTORNEY) DALAM URUSAN URUS NIAGA TANAH. In: 4th International Conference on Law & Society, 10 - 11 May 2015, UniSZA.

[img] Text
ICLAS 2015 PENIPUAN MELALUI SURAT KUASA WAKIL.pdf
Restricted to Registered users only

Download (227Kb) | Request a copy

Abstract

Dalam konteks undang-undang tanah, surat kuasa wakil (PA) merupakan satu kebenaran yang diberikan oleh tuan punya tanah (Pemberi Kuasa) kepada wakilnya (Penerima Kuasa) untuk bertindak bagi pihaknya dalam urusan urus niaga tanah. Mengikut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, PDRM dari tahun 2009 hingga 2013 menunjukkan penipuan yang menggunakan PA adalah merupakan antara modus operandi yang digunakan dalam jenayah penipuan tanah. Justeru itu, trend jenayah penipuan menggunakan PA dalam urus niaga tanah yang semakin meningkat amatlah membimbangkan kerana boleh menggugat keselamatan hak milik tanah yang didaftarkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis penipuan menggunakan PA, beberapa cadangan penambahbaikan dan jalan penyelesaian bagi mengekang jenayah ini dari terus berlaku. Perbincangan ini turut mengupas Akta Surat Kuasa Wakil 1949 (ASW 1949) adakah mampu memberi penyelesaian kepada permasalahan jenayah ini. Kajian ini merupakan kajian sosio perundangan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik temu bual separa berstruktur digunakan dalam penulisan ini dengan Pendaftar Hak Milik, Pentadbir Tanah dan kakitangan pejabat tanah. Di samping itu juga, kajian kepustakaan dan kaedah analisis kandungan turut digunakan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa cara atau kaedah yang dikenal pasti digunakan oleh penjenayah dalam usaha menjayakan penipuan menggunakan PA ini. Akta Surat Kuasa Wakil 1949 turut dilihat masih longgar dalam usaha untuk mengekang isu penipuan ini. Kata Kunci: Penipuan, Surat Kuasa wakil (PA), Akta Surat Kuasa Wakil 1949 , Cadangan Penambahbaikan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: noraida noraida Harun
Date Deposited: 28 Dec 2015 03:52
Last Modified: 28 Dec 2015 03:52
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4263

Actions (login required)

View Item View Item