JENAYAH SYARIAH DALAM KALANGAN REMAJA: ANALISA TERHADAP PERUNTUKAN ENAKMEN NEGERI DAN PERANAN PIHAK PENGUATKUASA

Hamid, Noor 'Ashikin and Mohamed, Abdul Majid Tahir and Pauzai, Nur Amani and Syed Nong, Shariffah Nuridah Aishah and Ab. Kadir, Nor Aida (2015) JENAYAH SYARIAH DALAM KALANGAN REMAJA: ANALISA TERHADAP PERUNTUKAN ENAKMEN NEGERI DAN PERANAN PIHAK PENGUATKUASA. In: MPI'2015, 14-16 April 2015, Dewan Perdana, UniSZA.

[img] Text
JENAYAH SYARIAH DALAM KALANGAN REMAJA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (448Kb) | Request a copy

Abstract

Statistik terkini oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menunjukkan sejumlah 291 remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah disabitkan atas kesalahan jenayah takzir oleh Mahkamah Syariah Negeri Terengganu dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini (2008 hingga 2013) dengan purata sebanyak 49 kes setahun. Jumlah ini membimbangkan memandangkan Terengganu menduduki tempat ke-3 paling tinggi peningkatan kadar jenayah remaja di Malaysia. Dalam masa yang sama, negeri ini telah menggubal Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) sejak tahun 2001 bagi tujuan menangani masalah ini. Persoalan yang timbul ialah apakah jenis kesalahan dan hukuman yang diperuntukkannya, dan sejauhmanakah ia dikuatkuasakan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji Enakmen tersebut serta mengenalpasti kelemahan penguatkuasaan dalam pengendalian kes jenayah syariah oleh remaja. Bagi mencapai objektif ini, pendekatan kualitatif digunakan yang melibatkan analisa kes-kes mahkamah dan statut-statut yang relevan. Hasil kajian mendapati peruntukan jenayah syariah perlu diperkemaskan mengikut landasan syariah yang sebenarnya dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu faktor pendorong kepada jenayah syariah. Kajian turut mengutarakan beberapa cadangan bagi membantu pihak-pihak terlibat mengurus kes remaja dengan lebih teratur dan berkesan. Kata Kunci: jenayah syariah, remaja, enakmen negeri, penguatkuasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: NOOR 'ASHIKIN HAMID
Date Deposited: 27 Dec 2015 03:21
Last Modified: 27 Dec 2015 03:21
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4213

Actions (login required)

View Item View Item