PENGLIBATAN REMAJA DALAM JENAYAH SYARIAH: KAJIAN KES DI TERENGGANU

Hamid, Noor 'Ashikin and Mohamed, Abdul Majid Tahir and Pauzai, Nur Amani and Syed Nong, Shariffah Nuridah Aishah and Ab. Kadir, Nor Aida (2015) PENGLIBATAN REMAJA DALAM JENAYAH SYARIAH: KAJIAN KES DI TERENGGANU. In: Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2015, 14-16 April 2015, Dewan Perdana, UniSZA. (Unpublished)

[img] Text
JENAYAH SYARIAH DALAM KALANGAN REMAJA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (448Kb) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti jenis kesalahan yang diperuntukkan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (EKJST 2001) serta mengkaji jenis kesalahan yang dilakukan oleh remaja Islam di Terengganu menurut umur, jantina, pekerjaan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Remaja yang menjadi tumpuan dalam kajian ini adalah yang berumur 12 hingga 17 tahun. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif berdasarkan kajian perpustakaan serta data primer diperolehi dari rekod yang disimpan oleh Bahagian Pendakwaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Ianya melibatkan kes-kes yang telah diputuskan dari tahun 2008 hingga 2013. Hasil kajian ini mendapati sepanjang tempoh tersebut mendapati seramai 291 remaja disabitkan di Mahkamah Syariah iaitu yang berumur 17 tahun (49.5%) 16 tahun (30.2 %),15 tahun (14.4 %), 13 (0.52 %) dan 12 tahun (0.52). Kebanyakkan yang terlibat adalah remaja perempuan dan hampir kesemuanya terlibat dalam jenayah berbentuk seksual. Hasil kajian ini diharap dapat membuka jalan kepada kajian-kajian susulan bagi membantu para remaja dan masyarakat agar menjauhi diri daripada perbuatan jenayah. Kata Kunci: jenayah, syariah, remaja, Terengganu

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: NOOR 'ASHIKIN HAMID
Date Deposited: 27 Dec 2015 03:20
Last Modified: 27 Dec 2015 03:20
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4212

Actions (login required)

View Item View Item