Penggunaan Analisis Faktor bagi Kajian Hubungan antara Faktor-faktor Peramal dengan kecenderungan pelajar Menceburi Kerjaya Keusahawanan

Wan Nawang, Wan Mohd Zaifurin and Sa'at, Nor Hayati and Ahmad, Sabri and Mamat, Ibrahim (2015) Penggunaan Analisis Faktor bagi Kajian Hubungan antara Faktor-faktor Peramal dengan kecenderungan pelajar Menceburi Kerjaya Keusahawanan. International Journal of Business and Technopreneurship, 5 (2). pp. 293-306. ISSN 2231-7090 (Printed) 2232-1543 (Online)

[img] Text
IJBT_Vol_5_June_2015_10_293-306.pdf
Restricted to Registered users only

Download (216Kb) | Request a copy
Official URL: http://ijbt.unimap.edu.my/index.php?option=com_con...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor peramal yang mempengaruhi kecenderungan pelajar menceburi kerjaya keusahawanan. Data kajian ini diperolehi daripada borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada 379 orang pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga di Negeri Terengganu. Penggunaan analisis faktor menerbitkan lapan faktor peramal yang mempengaruhi kecenderungan pelajar menceburi kerjaya keusahawanan. keputusan analisis faktor berjaya membangkitkan satu faktor peramal baru hasil gabungan item daripada pemboleh ubah asal. Faktor peramal baru ini dinamakan halangan. Meskipun analisis faktor dapat membentuk pembolehubah baru, namun wujud satu pembolehubah asal iaitu kebebasan digugurkan dari kajian ini. Item asal dalam pembolehubah ini berkorelasi dengan baik dalam konstruk lain. kesemua lapan faktor peramal diklasifikasikan semula berdasarkan senarai pendek yang diperolehi. lapan faktor peramal ini disusun mengikut nilai eigenvalue tertinggi sebagai pembolehubah tidak bersandar bagi menerangkan pembolehubah lain. Model peranan dan halangan merupakan faktor peramal yang dominan mempengaruhi pelajar menceburi kerjaya keusahawanan.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Darul Iman Institute (IDAMAN)
Depositing User: PROF. DR. IBRAHIM MAMAT
Date Deposited: 12 May 2016 00:00
Last Modified: 12 May 2016 00:00
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4204

Actions (login required)

View Item View Item