Rindu Aras Tinggi Dari Dimensi Psikospiritual Islam: Terapi Menangani Ketagihan Dadah

Syed Omar, Syed Hadzrullathfi and Othman, Mohd Shahril and Mohamad, Nasir and Husain, Rohayah and Che Mat, Khairi (2015) Rindu Aras Tinggi Dari Dimensi Psikospiritual Islam: Terapi Menangani Ketagihan Dadah. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON ADDICTION SCIENCE 2015, 8-9 June 2015, UniSZA Gong Badak.

[img] Text
Abstract_ICAS_Psycospiritual Islam Dr Syed.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12Kb) | Request a copy

Abstract

(Pengenalan)Rindu Aras Tinggi atau juga diistilahkan sebagai al-Jadhbah al-Ilahiyyah merupakan suatu teori merujuk kepada lonjakan tarikan perasaan keinginan mendalam ke arah kemahuan ketuhanan yang dibincang dalam disiplin psikospiritual Islam. Justeru teori ini dilihat sebagai suatu bentuk “ketagihan positif” yang mampu mengatasi pelbagai bentuk ketagihan negatif lain seperti ketagihan membunuh, berzina, berjudi, minum arak, mencuri, merokok termasuk ketagihan dadah. (Objektif)Tulisan ini bertujuan mengetengahkan teori rindu aras tinggi bagi mengenal pasti bagaimana ia bertindak merubah kehendak serta keinginan negatif manusia serta mendorongnya menunaikan kehendak ilahi. Di samping itu, tulisan ini turut meneliti keampuhan teori berkaitan untuk dijadikan suatu terapi dalam menangani ketagihan dadah yang dihadapi khusus kepada penagih dadah melayu muslim yang berada dalam masyarakat Malaysia kini. (Metode) Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah menganalisis dokumen yang mengemukakan teori tersebut daripada pelbagai karya dalam disiplin psikospiritual Islam. (Dapatan)Kajian mendapati bahawa teori Rindu Aras Tinggi atau al-Jadhabah al-Ilahiyyah mempunyai potensi yang signifikan dalam menangani pelbagai kemahuan liar manusia yang sampai ke peringkat ketagihan, apabila pelbagai teknik dan pra-syarat teori Rindu Aras Tinggi itu dilaksanakan dengan sempurna dan ia dilihat sebagai suatu proses yang sesuai untuk dijadikan terapi bagi menghadapi isu ketagihan dadah yang dialami khususnya oleh para penagih melayu muslim dalam masyarakat Malaysia kontemporari. (Kesimpulan)Psikospiritual Islam dilihat memainkan peranan penting, bukan sahaja bagi menangani isu ketagihan dadah, malah menangani kepelbagaian bentuk ketagihan seperti ketagihan membunuh, berzina, homoseksual, berjudi, minum arak dan pelbagai gejala sosial lain yang merosakkan sesebuah masyarakat madani. Katakunci: Rindu Aras Tinggi, al-Jadhbah al-Ilahiyyah, Psikospiritual Islam, Ketagihan dadah, Kesedaran Hati.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty / Institute: Faculty of Medicine
Depositing User: Dr Khairi Che Mat
Date Deposited: 27 Dec 2015 02:47
Last Modified: 27 Dec 2015 02:47
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/4166

Actions (login required)

View Item View Item