PENCERAPAN ANAK BULAN MENGGUNAKAN OPTIK DAN RADIO

Umar, Roslan and Mat Jusoh, Ahmad Jazlan and Mohd Nawawi, Mohd Saiful Anwar (2015) PENCERAPAN ANAK BULAN MENGGUNAKAN OPTIK DAN RADIO. In: International Seminar on al - Quran in Contemporary Society, 10-11 Oktober 2015, UniSZA.

[img] Text
anak bulan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (170Kb) | Request a copy

Abstract

Pencerapan anak bulan merupakan salah satu topik yang sangat penting dalam kajian ilmu falak atau ilmu astronomi. Bidang ini telah dipelopori oleh cendekiawan Islam sejak ratusan tahun yang lepas dan telah melahirkan ramai pengkaji dalam pelbagai bidang astronomi seperti kajian pergerakan planet, ukur lilit bumi, anak bulan, gerhana dan matematik. Ini terbukti berdasarkan sejarah yang menunjukan pelbagai penghasilan peralatan dalam membantu proses pencerapan anak bulan seperti pengiraan matematik menggunakan rubu‟, kanta dan teleskop. Kajian pengkaji Islam dalam astronomi terdahulu antaranya pencerapan anak bulan dan ia banyak melibatkan hubungan yang sangat rapat dengan perlaksaan ibadat. Susulan kajian yang dilakukan oleh Tamadun Yunani diteruskan oleh pengkaji Islam dan kini ia dipelopori sepenuhnya oleh Barat. Kajian astronomi kini bukan sahaja mengg unakan gelombang optik tetapi cara alternatif juga digunakan iaitu menggunakan teleskop radio. Dengan menggunakan peralatan teleskop radio ia dapat mengurangkan ketidaktentuan keadaan cuaca seperti awan mendung dan hujan. Walaubagaimanapun penggunaan peral atan teleskop radio di Malaysia adalah terhad. Dalam kertas kerja ini satu perbandingan cuba diketengahkan dalam pengkajian anak bulan menggunakan teleskop optik dan radio. Kata kunci: Pencerapan astronomi, anak bulan, teleskop optik dan teleskop radio

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Q Science > QB Astronomy
Faculty / Institute: East Coast Environmental Research Institute (ESERI)
Depositing User: Roslan Umar
Date Deposited: 02 Nov 2015 03:43
Last Modified: 02 Nov 2015 03:43
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3838

Actions (login required)

View Item View Item