Pandangan Fuqaha Terhadap Keharusan dan Pengharaman Bank Susu

Daud, Normadiah and Nordin, Nadhirah and Mohd Yusoff, Zurita (2015) Pandangan Fuqaha Terhadap Keharusan dan Pengharaman Bank Susu. In: Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VIII (KAIB VIII), 2-3 SEPT 2015, UNISSA, BRUNEI DARUSSALAM..

[img] Text
Pandangan Fuqaha Terhadap Keharusan dan Pengharaman Bank Susu.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (7Mb) | Request a copy
Official URL: https://www.email.unisza.edu.my/src/login.php

Abstract

Bank Susu merupakan perkara yang lazim di luar Negara. Bahkan ianya dijalankan secara besar-besaran di Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain negara maju. Tujuan utama penubuhan bank susu di negara-negara tersebut adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi terutamanya bayi pra-matang, bayi yang kematian ibu, bayi yang alahan dengan susu formula dan lain-lain. Permasalahannya ialah cara penubuhan mereka adalah bersalahan dengan cara yang dibenarkan oleh syarak dan boleh menyebabkan berlakunya pertindihan mahram susuan. Rentetan daripada kesan negatif tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah mengharamkan penubuhan Bank Susu. . Justeru itu, objektif kajian ini ialah mengetahui apakah syarat-syarat penyusuan yang boleh mensabitkan pemahraman dan mengkaji pandangan para fuqaha tentang pelaksanaan Bank Susu. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Manakala proses pengumpulan data melalui kaedah analisis dokumen.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Normadiah Daud
Date Deposited: 28 Oct 2015 06:18
Last Modified: 28 Oct 2015 06:18
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3648

Actions (login required)

View Item View Item