Manhaj Kesufian Tok Ku Paloh

Yusof, Zawawi and Engku Alwi, Engku Ahmad Zaki (2015) Manhaj Kesufian Tok Ku Paloh. Penerbit Unisza, Kuala Terengganu. ISBN 978-967-0899-02-2

[img] Image
01.jpg
Restricted to Registered users only

Download (165Kb) | Request a copy
[img] Image
02.jpg
Restricted to Registered users only

Download (48Kb) | Request a copy
[img] Image
03.jpg
Restricted to Registered users only

Download (159Kb) | Request a copy
[img] Image
04.jpg
Restricted to Registered users only

Download (213Kb) | Request a copy
Official URL: http://www.penerbit.unisza.edu.my

Abstract

Buku ini membicara tentang peranan seorang tokoh ulama yang telah banyak berjasa terhadap perkembangan Islam di Kuala Terengganu khususnya dan Terengganu amnya. Tokoh yang dimaksudkan di sini ialah Syed Abdul Rahman bin Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ku Paloh. Penulisan ini memaparkan secara lebih jelas tentang aktiviti-aktiviti dakwah sufi beliau, khususnya aplikasi metode dalam perkembangan Islam. Kejayaan dakwah beliau melalui pendekatan sufi dikaitkan dengan kejayaan beliau melahirkan masyarakat Islam yang mempunyai kemantapan iman dan akidah hingga sanggup berjihad terutamanya jihad menentang penjajah. Penulisan ini juga mendedahkan faktor-faktor kejayaan beliau dan apakah peranan semangat kerohanian di dalam kejayaan tersebut. Seterusnya, kajian ini juga menjelaskan kesan dakwah sufi beliau terhadap struktur pentadbiran dan pemerintahan negeri Terengganu hingga kini. Penulisan ini menggunakan dua metodologi penyelidikan iaitu kajian lapangan dan perpustakaan. Kajian lapangan menggunakan pendekatan perbincangan dan temubual bagi tujuan memperolehi maklumat dan fakta yang lebih tepat. Manakala kaedah perpustakaan pula melibatkan kajian terhadap naskhah-naskhah lama, analisis pelbagai kitab dan bahan terutamanya yang berkaitan dengan tasawwuf. Kitab tasawwuf yang menjadi fokus utama di dalam penulisan ini ialah kitab karangan Tok Ku Paloh sendiri iaitu Macarij al-Lahfan. Dakwah sufi Tok Ku Paloh telah memainkan peranan penting dalam proses pembangunan rohani masyarakat Islam, perubahan struktur pentadbiran dan pemerintahan negeri serta perubahan dari segi sosio-budaya masyarakat Islam Kuala Terengganu. Justeru itu, faktor kemantapan kerohanian merupakan senjata utama bagi kejayaan seseorang pendakwah. Ianya menjadi asas utama dalam menyelesaikan pelbagai masalah, terutamanya yang melanda masyarakat Islam kini.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr zawawi yusoff
Date Deposited: 28 Oct 2015 06:25
Last Modified: 28 Oct 2015 06:25
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3639

Actions (login required)

View Item View Item