Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab

Abdullah, Abdul Hakim and Sulaiman, Ab. Aziz and Wan Abdullah, Wan Ismail (2015) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 10 (July). pp. 104-121. ISSN 1985-7667( printed) 2289-6325 (online)

[img] Text (Journal article)
artikel JIMK faktor-faktor yang mempengaruhi Motivasi Terhadap pembelajaran bahasa Arab.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (292Kb) | Request a copy
Official URL: https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk motivasi terhadap pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Bagi mencapai tujuan tersebut, empat objektif telah digariskan iaitu mengenalpasti tahap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab dan menguji hubungan tahap motivasi pelajar dengan pencapaian Bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan soalselidik sebagai alat pengumpulan data. Seramai 93 orang pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel yang merupakan 40% daripada jumlah populasi kajian. Satu kajian rintis telah dijalankan bagi menjamin kualiti kebolehlaksanaan, keesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Keesahan instrumen diperoleh secara merujuk kepada 10 orang pakar bidang. Nilai koefisien kebolehpercayaan item diperoleh pada tahap tinggi iaitu 0.86 daripada ujian Alpha Cronbach menggunakan perisian SPSS versi 19. Kajian ini mendapati 88 orang (94.6%) responden mempunyai pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Arab.Kajian ini juga mendapati 78 orang (83.9%) responden mempunyai tahap minat yang baik terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Lima faktor yang paling mempengaruhi motivasi pelajar secara turutan menurun ialah: sikap terhadap mata pelajaran Bahasa Arab yang dianggap penting, persekitaran bahasa Arab, sikap terhadap mata pelajaran Bahasa Arab yang dianggap mudah dipelajari dan difahami, kesedaran diri dan keberkesananpengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ujian korelasi Pearson memperlihatkan wujud hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara tahap motivasi dan pencapaian Bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat.

Item Type: Article
Keywords: Kata Kunci: faktor; motivasi; pencapaian pelajar; pembelajaran bahasa Arab; sikap.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PJ Semitic
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: AP Dr. Abdul Hakim Abdullah
Date Deposited: 20 Sep 2015 04:14
Last Modified: 20 Sep 2015 04:14
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3638

Actions (login required)

View Item View Item