Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas al-Quran Bagi Golongan Dewasa

Syed Bidin, Sharifah Norshah Bani and Abu Mansor , Nor Salimah and A. Manaf, Zulkifli (2011) Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas al-Quran Bagi Golongan Dewasa. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Khas. pp. 53-70. ISSN 1985-7667( printed) 2289-6325 (online)

[img]
Preview
Text
JIMK.pdf - Published Version

Download (12Mb) | Preview
Official URL: http://www.myjurnal.my/public/browse-journal-view....

Abstract

Manhaj merujuk kepada metodologi atau tatacara pelaksanaan. Manhaj Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang perlu dikaji dan diketengahkan sebagai metodologi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kepentingan ini dirasakan kerana keberkesanan kaedah yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. telah dapat mendidik ramai huffaz, qurra'dan muhadditin dalam perkembangan lslam pada zaman silam. Artikel ini membincangkan dua perkara utama, iaitu mengupas dan menonjolkan manhaj Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan pengajaran al-Quran dan hadith kepada para sahabat baginda. Selain itu, pengkaji meninjau sejauh mana perkara ini diterapkan dalam pelaksanaan pengajian al-Quran dewasa (KOD) di sebuah masjid di negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid sultan AbdulAziz shah (MSAAS). Tujuan utama kajian adalah menganalisis pelaksanaan KQD di masjid ini untuk meninjau sejauh mana ciri-ciri manhaj Rasullullah s.a.w. ini diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KQD di masjid ini. Data dikutip dengan menggunakan teknik kualitatif iaitu analisis dokumen dan temubual informan. Tembual ini adalah temubual elit mendalam (in-depth elite interview) dengan penyelaras dan pengajar terpilih di masjid yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa beberapa aspek utama daripada manhaj Rasulullah dalam P&P yang dilaksanakan di masjid ini didapati selari dengan kerangka teori kajian ini. Kerangka teori ini dihasilkan dari penelitian intipati ayat 164, Surah Ali 'lmran. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai satu landasan untuk membentuk satu model asas bagi P&P dalam pelaksanaan KQD di masjid lain. Maklumat yang diperolehi dari informan memberi maklumbalas bahawa teknik pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan dalam KQD di masjid ini didapati berkesan dan memuaskan pelanggan. Kata kunci: Manhaj Rasulullah; Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran; Keias al-Quran Dewasa

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: DR. SHARIFAH NORSHAH BANI SYED BIDIN
Date Deposited: 12 Aug 2015 03:36
Last Modified: 12 Aug 2015 03:36
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3575

Actions (login required)

View Item View Item